Heboh di sana-sini bahawa Johor bakal menghadapi pilihanraya kecil tergempar sebelum PRU 14 yang didakwa oleh pihak tertentu bakal menamatkan "penguasaan" UMNO dan Barisan Nasional di negeri tersebut.
Namun, Menteri Besarnya Datuk Mohamed Khaled Nordin tampil menjelaskan bahawa Johor tidak akan mengadakan pilihan raya negeri berasingan sebelum pilihan raya umum akan datang meskipun timbul spekulasi ia bakal berlaku.
Beliau pada masa sama menganggap spekulasi itu sebagai hanya 'cakap-cakap' di kalangan segelintir individu dalam laman sembang kumpulan tertentu.
"Saya bukan sebahagian daripada kumpulan itu dan ia tidak melibatkan saya. Kami tidak mempunyai niat seperti itu," katanya ketika diminta mengulas mengenai laporan bahawa beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor selepas pemimpin pembangkang mahu mengadakan pilihan raya tergempar di negeri itu.
Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong turut dilaporkan sebagai berkata parti itu bersedia menghadapi pilihan raya tergempar itu sekiranya ia berlaku. - SUMBER
Hmmm... ini semua propa oleh si mantan ni yang konon-kononnya "kekuatan" di Johor telah dirampas daripada Barisan Nasional negeri. Malah siap memasang angan-angan dan mencatur siapa bakal MB Johor yang akan datang. Kah..kah...kah.....
Sekuat mana pun "mantan", sejarah politik di Malaysia selama ini dengan jelas menunjukkan bahawa "mantan" ini tidak mampu membuat apa-apa dalam mencaturkan politik negara.
Betul tu sejarah telah membuktikan bahawa setiap mantan tidak akan mampu melakukan apa2. Yang akan menjatuhkan Bn nanti adalah Najib dan 1mdb nya sendiri. Kita tunggu dan lihat apa akan berlaku dlm pru akan datang tak kira lah sekarang atau 2 tahun lagi pastinya sejarah akan tercatit.
BalasPadamBro...jgn nak ganti tugas Allah pulak benda belum terjadi.nak ramal ramal pulak...Bn menang k kalah k biar Allah yang tentukan kita manusia hanya boleh berusaha dan berdoa yang lain nya itu bukan.tugas kita...dan kalau Bro kata 1 MDB yang jatuhkan Bn...cakap memang lah...tapi beri bukti...sampai hari ni spina Doj tak sampai2 lagi yang terbaru. Dari Switzerland... Bila lah tu yer...
BalasPadam