Nuffnang

KEJUTAN PAKATAN : Muhyiddin Bakal Ganti Wan Azizah?


Cakap-cakap kedai kopi semakin rancak membincangkan kemelut kepimpunan di dalam Pakatan Harapan. Keputusan PAS tidak menyertai gabungan itu serta "kelemahan" Parti Amanah Negara (PAN) menarik sokongan Melayu antara punca idea supaya Muhyiddin Yassin dibawa ke dalam gabungan tersebut.
Menyentuh isu tersebut walaubagaimanapun, Pakatan Harapan (PH) hari ini menolak cakap-cakap kononnya bekas timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengambil alih peranan sebagai ketua pembangkang.

Ini kerana, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayob berkata gabungan pakatan itu berpuas hati dengan ketua pembangkang sedia ada iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Semua parti gembira dengan Dr Wan Azizah sebagai ketua pembangkang,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke memberi sokongan yang sama, berkata:”Bagi pihak DAP, saya mahu menyatakan keyakinan penuh terhadap Dr Wan Azizah untuk terus mengetuai pembangkang.”

Cakap-cakap mengenai Muhyiddin akan menggantikan Wan Azizah timbul apabila Ahli Jawatankuasa Pusat Amanah Mazlan Aliman dilaporkan berkata parti itu merancang untuk mencadangkan supaya bekas ahli Umno itu menjadi ketua pakatan pembangkang.

Menjawab perkara itu, Salahuddin berkata parti itu sudah pun memberi penjelasan yang kenyataan Mazlan diambil di luar konteks.

Bagaimanapun, katanya pintu PH sentiasa terbuka untuk Muhyiddin serta Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Mengenai jawatan yang mungkin diberikan kepada mereka, Salahuddin berkata ia masih belum diputuskan lagi.

Muhyiddin dan Mukhriz dipecat daripada Umno bulan lalu, susulan serangan berterusan mereka terhadap parti Melayu berkenaan dan presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, Shafie pula meletak jawatan selepas Majlis Tertinggi Umno sebulat suara memutuskan untuk menggantung keahliannya.

Wan Azizah, yang turut hadir pada sidang akhbar petang ini berkata PH sedia bekerjasama dengan sesiapa yang berkongsi matlamat sama untuk menggulingkan kerajaan BN.

Ini termasuk kemungkinan bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Saksama (Saksama), pakatan tujuh parti pembangkang.

“Kita terbuka kepada sesiapa dan mana-mana pergerakan yang bermatlamat untuk menggulingkan kerajaan drakonian.”

Bagaimanapun, sesiapa berhasrat untuk bekerjasama dengan pakatan itu perlu sedar ia memiliki agenda asas tersendiri yang perlu dipersetujui, katanya.

Untuk rekod, Anwar lebih "berkuasa" dan berpengaruh daripada Muhyiddin berbanding andainya Mahathir yang diangkat untuk memimpin Pakatan. Dalam politik segala-galanya berkemungkinan.
Share this article

1 Komen:

  1. Buat lah apa pun...selagi mereka menjadi balaci Dap selagi itu mereka tak kan menang PRU.. DAP tu dah terang2 memusuhi orang Islam sampaikan nak beri ucapan Selamat Hari Raya dan beri duit raya pun nak dihina....cukuplah....cuma orang Islam yang buta mata hati dan Allah tutup hidayah kepda mereka ni jer yang masih sokong PKR DAP dan PAN.nauzubillah...mereka ni tamak kerana nak kuasa dan harta sanggup jual iman mereka...betapa hinanya golongan ini...lebih hina dari binatang....

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top