Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

PEDAS!!! Zed Zaidi "Hentam" David Teoh Isu P. Ramlee!!!


David Teo telah dikecam orang ramai ekoran kenyataannya yang menggunakan P Ramlee sebagai contoh artis yang miskin.
Presiden Seniman iaitu Zed Zaidi turut mengkritik David Teo dan mahu prduser ini memohon maaf secara terbuka.

Ini komen Zed Zaidi:

Assalamualaikum kepada seluruh rakyat Malaysia yang di rahmati Allah. Saya terpanggil untuk menjawab kenyataan yang telah dikeluarkan oleh PRODUCER yang TERKENAL DAVID TEO dari METROWEALTH kenyataan bertarikh 7 Julai 2016 di The Malay Mail Online baru-baru ini.

Untuk pengetahuan MR DAVID TEO, kenyataan yang anda buat ini menampakkan anda cukup tidak matang untuk menjawab soalan dari media dengan menjawab soalan secara membabi buta!. Adakah anda tahu siapa itu SENIMAN AGUNG TAN SRI DR. P.RAMLEE? Adakah anda tahu sebelum munculnya Filem-Filem dari METROWEALTH wujudnya filem-filem dari P.RAMLEE? Adakah anda tahu walaupun P.RAMLEE tidak kaya tetapi Beliau KAYA dengan BUDI BAHASA dan KAYA dengan mesej-mesej yang telah di sampaikan oleh BELIAU di filem-filem dan karya-karya agungnya? adakah anda juga tahu P.RAMLEE juga melahirkan ramai seniman, seniwati artis-artis dibawah arahannya sebelum anda melakukannya sekarang untuk keuntungan anda dan syarikat anda sendiri?. ADAKAH ANDA TAHU SEMUA INI?.

Niat anda untuk melahirkan jutawan dikalangan orang seni adalah sifat yang baik tetapi cara melahirkan jutawan dengan merendahkan IKON SENI NEGARA itu adalah SALAH!. Mungkin budaya anda berbeza mengagungkan duit sebagai tuhan tapi bukan kreativiti sebagai ukuran adalah berbeza dengan budaya Malaysia. Adakah anda tahu kebanyakkan filem-filem yang dikeluarkan oleh produksi anda mempunyai mutu yang tidak berkualiti langsung berbanding filem-filem semasa zaman p.ramlee? adakah anda tahu banyak universiti masih lagi mengkaji mengenai filem-filem p.ramlee sebagai rujukan kerana mempunyai nilai budaya dan mesej yang sangat KAYA!. KREATIVIFI TIDAK BOLEH DINILAI OLEH WANG RINGGIT adakah anda tahu semua itu MR DAVID TEO?.

Dalam kenyataan anda, anda cuba kaitkan dengan anak p.ramlee yang bekerja di DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL) sekali lagi anda merendahkan p.ramlee dan keluarganya. Adakah bekerja dengan DBKL tidak semulia bekerja sebagai producer seperti anda?. Saya juga mendapat banyak aduan mengenai produksi anda di mana ada artis tidak di benarkan berkahwin, ada yang terasa diri tertipu dengan habuan yang diberikan oleh produksi anda melalui kontrak-kontrak yang menggunakan bahasa undang-undang yang berbelit-belit bagi mengelirukan artis di bawah naugan anda? adakah anda tahu semua itu atau anda buat-buat tak tahu sebagai cara untuk mendapatkan keuntungan yang lebih?.

Oleh yang demikian, saya sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia mendesak agar DAVID TEO menarik balik kenyataan beliau dan memohon MAAF kepada Keluarga SENIMAN AGUNG TAN SRI DR. P.RAMLEE kerana mengaibkan IKON SENI NEGARA sekeluarga. DAVID juga perlu memohon MAAF secara terbuka kepada seluruh seniman, seniwati dan artis-artis Malaysia mengenai kenyataan beliau ini yang dianggap BIADAP dan KURANG AJAR kerana tidak memikirkan SENSITIVITI seniman-seniman di Malaysia. Pesanan saya kepada DAVID TEO jangan jadi KASSIM BABA dalam filem P.RAMLEE ALI BABA BUJANG LAPOK!

PRESIDEN PERSATUAN SENIMAN MALAYSIA

ZED ZAIDI
Share this article

7 Komen:

  1. Terbaik, Zed Zaidi. Spesis kafir harbi memang bertuhankan duit sebab tu x pernah sensitif dengan perasaan orang lain macam kad raya Kor Ming dan penindasan Melayu di Pulau Pinang dan Selangor.

    BalasPadam
  2. Dah namanya cina bukit...mana dia tahu apa itu seniman lepas ni sapa nak tngok cerita bodoh metrowelth silakan tapi saya mmng tak layan cerita mengarut tu semua..elok saya tengok berita atsu drama kt tv lg bagus

    BalasPadam
  3. p.Ramlee tidak mementingkan wang ringgit.
    Baginya Seni untuk Seni.

    BalasPadam
  4. Memang betul P Ramlee adalah artis yg miskin. Thats the fact....yg kaya adalah producer....

    BalasPadam
  5. cina bukit tetap cina bukit . hidup dan mati hanya untuk wang jea... metrowealth punye cite lagi lar .. wat abis duet beli tiket jea.. karutttt , xde pengajaran lngsung..

    BalasPadam
  6. Zed Zaidi always bagi komen bangang.
    Orang cakap pasal management of monies untuk masa tua.
    Takda pun David Teo memperkecilkanb karya P.Ramlee.
    Lain orang bincang, lain yang jadi tumpuannya.
    Bangang betul.
    Hasil kerja seni P.Ramlee memang tak dipertikaikan tapi
    how he managed his monies, ini yang nak dijadikan contoh
    teladan kepada retis muda supaya beringat-ingat semasa
    duit tengah banyak masyuk.
    Salah ke peringatan David ni or wajar ke dia cakap, contohi NAJIB
    dan ROSMAH - hidup bermewah-mewah walaupun terpaksa mencuri dan menyonglap.
    Biar papa asalkan bergaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ai.. minah..
      Pasai artis.. najib n rosmah jugak yg salah..
      Hmmm.. haghu.. kalau hujan pon agaknya diaorg yg salah..

      Padam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top