Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

"GELEK MAUT" : Pelakon Tampil Mohon Maaf


Terlajak perahu boleh diundur, terlajak upload buruk padahnya. HATI ayah mana yang tidak tenteram setelah nama anaknya menjadi topik bualan hangat pengguna internet berikutan tersebarnya rakaman video berjudul aksi ‘gelekkan maut’ Ira Kazar yang menerima pelbagai kecaman.
Sehubungan perkara itu, pelakon dan penyanyi terkenal, Kazar Saisi hari ini tampil memohon maaf kepada pelbagai pihak dengan menyifatkan tindakan anaknya itu kurang manis untuk tatapan umum.

Menerusi akaun sosial Instagram Kazar atau nama sebenarnya Kazaruddin Saisi, beliau memohon maaf bagi pihak anaknya itu dan menyatakan bahawa anak gadisnya itu bukanlah seorang anak yang jahat sebaliknya Ira hanya melalui zaman remajanya.

Sebagai bapa, pelakon veteran itu tetap menyayangi Ira dan tidak menyalahkan gadis itu atas kelakuannya.

Bagaimanapun, Kazar meluahkan rasa kesal dan sedih dengan tohmahan yang dilemparkan terhadap dirinya serta keluarganya sekaligus menganggap seolah-olah ada pihak yang sengaja mahu mencalarkan dan merosakkan kegembiraan dan keceriaan mereka sekeluarga.

Tidak mahu terus tertekan dengan tohmahan dan kritikan tersebut, pelakon yang pernah meraih gelaran sebagai Pelakon Komedi Lelaki Terbaik TV Anugerah Lawak Warna 2014 ini turut mengumumkan beliau mungkin tidak akan aktif di laman sosial Instagram selepas ini.

Pengumuman Kazar itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut-pengikut lnstagramnya yang rata-rata memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada pelakon serba boleh itu.

Mempunyai lebih daripada 160 ribu pengikut di IG, selama ini Kazar dikenali antara selebriti yang sentiasa mencuit hati pengikut-pengikutnya menerusi kemaskini status-statusnya serta gambar-gambar yang dimuat naik di akaun sosialnya itu.

Bagaimanapun menerusi perkembangan terbaharu di laman sosialnya itu,postingmengenai pemohonan maafnya itu telah dipadamkan.
Share this article

1 Komen:

  1. "Bagaimanapun, Kazar meluahkan rasa kesal dan sedih dengan tohmahan yang dilemparkan terhadap dirinya serta keluarganya sekaligus menganggap seolah-olah ada pihak yang sengaja mahu mencalarkan dan merosakkan kegembiraan dan keceriaan mereka sekeluarga."

    Memanglah ada seorang yang sabotaj kegembiraan kau....nama orang itu adalah IRA KAZAR!
    Jangan nak salahkan orang lain.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top