Nuffnang

RASUAH : SPRM Boleh Tangkap Sesiapa Sahaja Kecuali Guan Eng?


Alahai pembangkang! MEMANG dasar lidah bercabang. Entah neraca apa yang digunakan dalam membuat pertimbangan. Teringat sorakan penyokong taksub Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa beliau tidak bersalah dalam kes liwat dua.
“Rakyat menang,” sorak lebih 6,000 penyokong Anwar pada hari perbicaraan bertarikh 9 Januari 2012 di luar kompleks mahkamah di Jalan Duta.

Sebaliknya, keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015 yang memutuskan bahawa Anwar akan dipenjara selama lima tahun, tidak diterima oleh seorang pun penyokong Anwar, malah keputusan itu dianggap zalim lalu institusi kehakiman dikecam teruk.

Apabila keputusan mahkamah menyebelahi mereka, mereka sokong, tetapi tidak pula sebaliknya.

Sebab itulah dipersoalkan, neraca apakah yang mereka gunakan sehingga dilihat tidak rasional langsung.

Itu kisah Anwar. Hari ini kisah pemimpin parti rasis dan cauvinis Lim Guan Eng yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) seterusnya didakwa oleh Mahkamah Sesyen Pulau Pinang atas dakwaan rasuah dalam pembelian banglo.

Lim Kit Siang, Mat Sabu, pemimpin DAP, pemimpin pembangkang berhimpun menyatakan solidariti mereka terhadap Lim Guan Eng di Georgetown malam tadi.

Lim Kit Siang dalam ucapannya mempersoalkan penangkapan anaknya.

“”Lim Guan Eng ditangkap. Adakah ini adil?”, jerit Kit Siang.

Mat Sabu juga mengambil kesempatan mengutuk pegawai SPRM.

“Tak malukah pegawai-pegawai SPRM?,” jerit Mat Sabu lalu disambut oleh penyokong dengan jeritan “Depa makan dedak, depa makan dedak.”

Untuk rekod, Lim Kit Siang dan Mat Sabu pernah membuat kenyataan bercanggah sebelum ini yang mengiktiraf dan membenarkan SPRM melakukan tangkapan.

Ini yang dipersoalkan.

“Kalau ada apa-apa complaint mengenai salah kuasa, buka (kes),” kata Kit Siang.

“SPRM bebas untuk menyiasat siapa sahaja. Kalau ada kes, dakwa. Tak kira siapa sahajalah,” kata Mat Sabu pula yang juga Presiden PAN.- SUMBER

IKAT JAMIN RM 1 JUTA

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Khoon didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang hari ini atas tuduhan rasuah sebelum kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pesuruhjaya Kehakiman Hakim Mahkamah Tinggi George Town, Datuk Azmi Ariffin membenarkan Guan Eng diikat jamin RM 1 juta dengan seorang penjamin bagi kedua-dua tuduhan.


Beliau dibenarkan menyimpan pasport tetapi perlu memaklumkan kepada Pejabat Peguam Negara dan Mahkamah Tinggi dua hari sebelum keluar negara.

Terdahulu, di Mahkamah Sesyen, Guan Eng mengaku tidak bersalah bagi dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid – satu di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan satu lagi di bawah Kanun Keseksaan.

Beliau didakwa menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam untuk kepentingan dirinya dan isteri, Betty Chew dengan meluluskan permohonan Magnificent Emblem Sdn Bhd untuk menukar tanah pertanian kepada tujuan kediaman pada mesyuarat Exco bertarikh 18 Julai 2014.

Beliau turut didakwa menggunakan kedudukannya untuk memperoleh kepentingan menerusi pembelian sebuah banglo daripada Li Khoon pada harga RM2.8 juta, iaitu bawah daripada harga pasaran RM4.7 juta pada 28 Julai 2015.

Guan Eng hadapi pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun, denda tak kurang 5 kali suapan atau RM10,000.

Beliau juga didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, ahli perniagaan, Li Khoon didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat dengan Guan Eng pada 28 Julai 2015 berhubung pembelian banglo di Jalan Pinhorn.

Li Khoon didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kedudukan Guan Eng sebagai rasuah.

Dia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Guan Eng dalam pembelian lot tanah dan banglo.

Li Khoon dibenarkan ikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin tanpa syarat tambahan.

Pengurusan kes ditetapkan pada 22 September bagi menetapkan tarikh perbicaraan bersama kedua-dua tertuduh.
Share this article

5 Komen:

  1. Kamu salah tajuk, bukan KECUALI LIM GUAN ENG, tapi
    KECUALI NAJIB. Dah kebas 4.2 b illion dan berhuntang 53 billion
    masih lagi bebas dan semua tuduhan ini dianggap FITNAH.
    Kenapa Najib tak ditangakp.....??????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik minah otak blank... Atas dasar apa nak nak tangkap.Pm Najib....dah disiasat dan diperiksa dah diteliti...Pm Najib tak jual tanah dan guna duit untuk beli rumah...ada faham..beruk kat uganda lagi cerdik.dari kamu...betul2 ksian.cik.minah otak blank yang suka merapu dan menfitnah... Meroyan melalak sekor sekor ya....Mahthir pun tak ada bukti takat tuduh... Tuduh... Tuduh...guna air liur...semua orang yang busuk.hati macm.kamu pun noleh tuduh...minta bukti.. Tak ada.minta bukti tersenyap....bodoh punya orang

      Padam
  2. akhirnya Tokong di tangkap juga.. susahnya menangkap tokong ini sesusah menangkap chin peng..

    BalasPadam
  3. Alahai cik minah cayang. Fakta 1MDB punya oengurusan se diri drpd BOD hinggalah CEO dan pengurusan tertinggi. Lihatlah dalam mana2 sykt yg menguruskan adalah Ceo, coo serta pengurusan. Mereka bertanggungjawa kpd BOD. Mana mungkin seorg penaaihat yg juga PM utk tadbir sebuah negara punya masa menguruskan sebuah ayarikat pelaburan. Namun penekanan yg diberikan ialah PM yg mentadbir sebuah syarikat. Akai ada ka.

    BalasPadam
  4. sori yer...mencelah jab.....nak tanyer ni. Nak carik pelacur melayu kat mane yer?.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top