Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

IKUT KE MANA SAJA : Ratu Naga Emosi Dan Terdesak - CheGu Bard


Apa citer ni? Main serang-serang sidang media orang lain ni? Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia itu mencabar Ratu Naga membuat laporan polis untuk membuktikan dia tidak bersalah.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin menyelar Ratu Naga (Syarul Ema Rena Abu Samah) kerana menyerbu sidang akhbarnya hari ini, melabelkannya sebagai tindakan terdesak.

“Kemunculan perempuan yang suka dikenali sebagai Ratu Naga mengganggu secara emosi sidang media tadi jelas memperlihatkan sikap terdesak,” katanya.

Lebih dikenali sebagai Chegubard, aktivis yang lantang bersuara itu mencabar Syarul Ema menyaman atau membuat laporan polis terhadap pengatur cara bebas Azharuddin Othman untuk membuktikan dia tidak bersalah.

“Azhar sudah membuat kenyataan bersumpah berdasarkan undang-undang, kalau kamu betul, buat laporan polis atau dakwa Azhar di mahkamah,” katanya.

Beliau berkata, sebelum ini Syarul Ema bersumpah di kedai mamak untuk membuat laporan polis tetapi hingga kini masih belum berbuat demikian.

“Dia mungkin kecewa kami tidak termakan dengan provokasinya maka dia terus emosi dan marah-marah.

“Kami boleh menghalangnya masuk ke bilik sidang media namun sengaja membiarkannya untuk mempertontonkan sikap terdesak orang yang sedang ditekan kerana memalukan pasukan sendiri,” katanya. 

Chegubard juga menyelarnya kerana mencabar Azharuddin mengangkat sumpah atas nama “ibu, isteri dan anak”, kerana Syarul Ema sendiri bukan orang yang suci.

“Dia muncul mengasak Azharuddin bersumpah laknat. Untuk rekod sebelum ini dia muncul di kedai mamak dalam keadaan tidak menutup aurat menjunjung Quran bersumpah,” katanya.

Chegubard berkata, wanita itu sangat emosi dan beliau mengingatkannya supaya jangan salah guna agama dan jangan buat benda yang tidak ada dalam Al-Quran.

Esok, Chegubard dan Azharudin akan membuat laporan polis berhubung kewujudan akuan berkanun (SD) palsu termasuk media yang menyebar siarkan ia sebagai betul.
Share this article

4 Komen:

  1. boringggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg

    BalasPadam
  2. Wanita sentuh Al Ouran wajib pakai tudung tutup rambut ke???

    BalasPadam
  3. Haha....sundal dah panik.

    BalasPadam
  4. RATU NAGO DAH BERAPI SEBAB 1.2 JOTA TANDO TANGAN.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top