Nuffnang

PENSTRUKTURAN SEMULA KABINET : "Kejutan" Dari Najib?


Desas-desus berlakunya penstrukturan semula kabinet kini semakin rancak diperkatakan. Pastinya akan ada perubahan portfolio beberapa menteri dan kemasukan muka baru dalam kabinet selepas beberapa insiden dan keputusan yang melibatkan PRN Sarawak. 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, adalah terlalu awal untuk berfikir mengenai penstrukturan semula Kabinet beliau.

“Saya belum fikirkan lagi,” kata Najib, ketika ditanya pemberita di sini samada beliau akan membuat rombakan besar-besaran.

“Tetapi tentu sekali Kementerian Perindustrian Perladangan dan Komoditi perlu disusun-semula termasuk di peringkat Ketua Setiausaha sekali.”

Ditanya mengenai kedudukan Menteri Kabinet yang akan tamat perkhidmatan sebagai Senator, beliau berkata: “We will come to the bridge.”

Selain kekosongan jawatan menteri dan timbalan Kementerian Perindustrian Perladangan dan Komoditi, turut kosong jawatan timbalan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Dalam entri terbarunya di blog NajibRazak.com, malam Sabtu, Najib menyebut beliau akan membuat penstrukturan semula jemaah menteri dalam masa terdekat selepas peletakan jawatan Datuk Amar Douglas Uggah Embas sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan pemergian timbalannya Allahyarham Datuk Noriah Kasnon.


Uggah telah meletak jawatan setelah beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sarawak. Dalam insiden pada 5 Mei lalu, helikopter yang terhempas di kawasan Sebuyau, Sarawak telah mengorbankan enam orang termasuk Noriah dan suaminya Asmuni Abdullah.

Turut terkorban Ketua Setiausaha kementerian tersebut Datuk Dr Sundaran Annamalai, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun.

Sebagai pemerhati bebas, penulis menjangkakan akan ada beberapa "kejutan" dimana keputusan PRK Sungai Besar serta Kuala Kangsar bakal mempengaruhi penstrukturan kabinet baru ini nanti.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top