Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

#hbn2016 : Orang Muda Wajar Menjadi Kreatif - Liyana Jasmay


Hari Belia Negara 2016 (HBN) disambut serba sederhana tetapi meriah. Pelancaran HBN yang disempurnakan oleh Y.A.B Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia, Serdang (UPM) dihadiri seramai 5000 belia.

Istimewanya HBN pada tahun ini apabila penganjur menjalinkan kerjasama dengan FINAS. Penganjur mengadakan forum bertajuk “Kandungan Kreatif dan Pembangunan Belia, Formula Baru Mendekati Generasi Negara Maju”.

Forum ini mengetengahkan Pengarah Filem Boboboi / Urusan Animonsta Studios Sdn. Bhd. Y.Bhg Encik Mohd Nizam Razak, Pengarah Filem Muda Y.Bhg Encik Pekin Ibrahim dan Pelakon / Usahawan Muda Y.Bhg Puan Liyana Jasmay.

Liyana Jasmay menyarankan agar anak – anak muda diluar sana untuk menjadi kreatif.
“Sambutan Hari Belia sangat bagus kerana ia menjana minda anak – anak muda diluar sana untuk menjadi kreatif. Jika anda kreatif, salurkanlah kreativiti anda ke “channel” (saluran) yang terbaik,” ujur Liyana Jasmay ketika ditemui selepas forum tersebut.

“Hari ini FINAS telah melancarkan pelbagai program, saya rasa anda (golongan belia) patut memberikan perhatian dan join (sertai),” tambahnya lagi.

Pekin Ibrahim pula menyeru orang ramai agar menyokong industri tempatan. Beliau mahu orang ramai supaya lebih adil dalam menilai naskah dan produk tempatan.

“Tonton dahulu hasil kerja kami. Sokonglah industri tempatan,” ujur Pekin ketika berforum.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top