Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

PECAT!!! Dah Sampai Masa Muhyiddin Dan Mukhriz - Ku Nan


Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mahu Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir di pecat pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno penghujung bulan ini.
Malah beliau turut berkata Muhyiddin dan Mukhriz wajar dipecat dari Umno apabila mereka berkongsi pentas dengan pembangkang dalam menggerakkan Deklarasi Rakyat yang dipimpin bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

"Pada saya, saya sudah singkirkan mereka sejak dahulu lagi. Kita sudah lakukan laporan mengenai (Datuk Seri) Mukhriz dan (Tan Sri) Muhyiddin dan kita akan bentangkan di Majlis Tertinggi untuk putuskan kerana Jawatankuasa Disiplin telah menghantar semula keputusan, untuk Majlis Tertinggi tentukan.

"Kertas siasatan telah diberikan kepada kita (Majlis Tertinggi) dan biarlah mereka yang tentukan," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Untuk itu, satu mesyuarat khas akan diadakan pada minggu ini sebelum keputusan itu di bawa ke Mesyuarat MT, kata Ku Nan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun kedudukan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal masih menjadi tanda tanya, memandangkan Ahli Parlimen Semporna itu tidak terlalu menyerlah bersama pembangkang, katanya.

"Dia tidak terlalu menyerlah sepentas bersama pembangkang. Terdapat beberapa masalah, tetapi masih ada kelonggaran yang kita masih boleh pertimbangkan.

"Tetapi dua orang ini (Mukhriz dan Muhyiddin) sudah bersama pembangkang, jadi itu kita tidak boleh terima," jelas Ku Nan.

Mesyuarat MT Umno pada Februari lalu, sebulat suara bertindak menggantung jawatan Muhyiddin selaku Timbalan Presiden Umno serta merta.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top