Nuffnang

PANASSS : DUN P. Pinang Kecoh ADUN DAP Gaduh Sesama Sendiri!!!


Kah.... Kah.... Kah..... Penyembah-penyembah tokong Guan Eng menggelabah apabila usul menghadkan kuasa Tokong kembali diusulkan di DUN Pulau Pinang. Akibatnya. dua wakil rakyat DAP semalam bertikam lidah mengenai usul untuk menghadkan jawatan ketua menteri kepada hanya dua penggal yang akhirnya ditolak pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.
R.S.N Rayer (DAP-Seri Delima) berkata, beliau kecewa dengan Teh Yee Cheu (DAP-Tanjung Bungah) yang telah banyak kali cuba membawa usul itu.

“Teh boleh membangkitkan perkara itu dalam pertemuan bersama pemimpin DAP berbanding membincangkannya dalam forum mengenainya yang dianjurkan Gerakan negeri baru-baru ini,” katanya ketika membahaskan usul terima kasih ucapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.

Kenyataan Rayer itu ditempelak Lydia Ong Kok Fooi (DAP-Berapit) yang mempertahankan Yee Cheu dengan menegaskan apa yang dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bungah itu bukan satu kesalahan.

Keadaan menjadi tegang apabila Lydia berkata, usul mengehadkan tempoh jawatan ketua menteri kepada hanya dua penggal itu penting dalam memastikan seseorang pemimpin tidak menyalahgunakan kuasa.

“Tuduhan penyalahgunaan kuasa itu boleh berlaku sekiranya seseorang pemimpin terlalu lama memegang kuasa,” katanya.

Namun, Rayer yang tidak berpuas hati dengan jawapan Lydia telah menegaskan bahawa kerajaan negeri mengamalkan dasar tender terbuka dan pentadbiran yang bersih.

Bagi menenangkan keadaan, Speaker Datuk Law Choo Kiang mengingatkan Rayer untuk hanya memfokuskan kepada perdebatan bukannya membangkitkan isu-isu bersifat peribadi.

Yee Cheu kelihatan tenang dan tidak memberi reaksi balas ketika perang mulut antara Rayer dan Lydia.

Usul mengehadkan jawatan Ketua Menteri kepada hanya dua penggal yang cuba dibawa Yee Cheu pada sidang DUN kali ini ditolak atas alasan terdapat masalah teknikal.

Ini merupakan kali kedua usul yang sama ditolak selepas persidangan DUN 10 November 2014 walaupun cadangan Yee Cheu itu mendapat pelbagai reaksi daripada wakil rakyat kerajaan dan pembangkang.

- BERNAMA
Share this article

1 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top