Nuffnang

TERJAH!!! KPDNKK Rampas Pelbagai Telefon Tiruan!!!


PEGAWAI KPDNKK memeriksa telefon tiruan yang dirampas dalam serbuan petang semalam.

KUALA LUMPUR: Pelbagai jenis telefon bimbit berjenama serta aksesori tiruan dianggarkan bernilai RM500,000 dirampas dalam serbuan di Kompleks Pertama di sini, petang semalam. 

Serbuan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada jam 3.30 petang itu membabitkan 70 pegawai dan anggota KPDNKK Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan dibantu 10 anggota polis. 

Pengarah KPDNKK Kuala Lumpur, Muez Abdul Aziz, berkata serbuan dilakukan hasil risikan selepas menerima aduan daripada orang ramai. PEGAWAI KPDNKK memeriksa telefon tiruan yang dirampas dalam serbuan di Kompleks Pertama, Kuala Lumpur, petang semalam. 


"Dalam serbuan itu, kita merampas pelbagai telefon bimbit dan aksesori jenama Samsung, iPhone, Lenovo, Oppo dan Nokia yang dipercayai tiruan dan siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengenal pasti pihak yang menjadi pembekal kepada peniaga di premis berkenaan. 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 8, Akta Perihal Dagangan 2011. Sabit kesalahan bagi individu boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 bagi setiap barangan atau penjara maksimum tiga tahun, manakala bagi syarikat boleh didenda maksimum RM15,000 bagi setiap barangan. 

"Selain itu, empat peniaga turut dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) dan didenda RM20,000,"katanya.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top