Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

PERGADUHAN LOW YAT : Setiausaha Dedah Punca Sebenar!!!


Sebelum ini dilaporkan satu punca kes pergaduhan di Plaza Low Yat mengikut bukti-bukti yang dikongsikan... Namun sebaliknya seorang individu bernama Farah Liana yang bekerja sebagai setiausaha di Plaza tersebut menyatakan punca pergaduhan berkenan bukan kes menipu sepertimana yang di tulis oleh thehypemedia.com.

Mengimbas kembali laporan awal mengenai punca pergaduhan, peniaga yang telah menuduh suspek mencuri telefon bimbit, manakala pihak tertuduh pula mendakwa dirinya di tipu oleh peniaga tersebut.


Pendedahan Farah Liana

“Bukan! Bukan kes tipu! Hurmmm kenapalah perlu percaya dengan blogger semua? Management staff semua Melayu. Hal penipu, pelanggan akan datang cari kami kalau tak dapat selesaikan masalah.

“Plaza Low Yat pekerjanya ramai Melayu. Kedai-kedai yang menyewa saja Cina. Kami pening kepala, korang lagi nak backup! Kes-kes yang kami terima banyak orang kita sendiri yang buat.

“Korang nak bengang dengan budak-budak yang kena pukul dengan Cina itu, ikut koranglah. Tetapi kami pekerja-pekerja Melayu di sini sudah cukup malu dengan budak-budak Melayu yang buat hal di sini,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di sebuah Facebook page popular.kenyataan dikutip dari thehypemedia.com

Sebentar tadi kami cuba menghubungi farah liana untuk mengesahkan punca pergaduhan tersebut,beliau berkata saya tak boleh komen apa-apa sekarang ,untuk cerita sebenar punca pergaduhan boleh jumpa dengan manager yg bertugas..maybe dia boleh membantu....ujarnya.

Untuk kes ini kita tak boleh menyalahkan mana-mana pihak sebelum siasatan polis di buat.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top