Nuffnang

FAILED!!! Iklan Raya Jenama Terkenal Teruk Dikecam!!!


ALAHAI, seakan tidak percaya melihat iklan yang dipersembahkan oleh jenama penyegar udara nombor satu di Malaysia iaitu Ambi Pur sempena Aidilfitri kali ini.

Mana tidaknya, iklan raya ini bukan sahaja penuh dengan cacat cela malah kelihatan tidak berkualiti atau dengan kata mudah ‘hodoh dan buruk’.

Malah, kapsyen yang digunakan iaitu ‘Bawa pulang perisa Aidilfitri, bukannya bau makanan’ langsung tidak difahami mesej yang ingin disampaikan kepada penonton.

Padahnya, iklan tersebut tak pasal-pasal membuatkan ramai yang ketawa terkekeh-kekeh dengan kesilapan remeh yang dilakukan bahagian grafik Ambi Pur ini.

Bukan itu sahaja, imej yang berada di dalam iklan penyegar udara ini serba serbi tidak kena gara-gara teknik editing yang memang fail habis!

Lebih memalukan, rupanya iklan tersebut yang setiap satu aspeknya diedit, diambil dari iklan Ambi Pur luar negara. Lihat gambar di bawah…

Bayangkan mana tak jadi huduh dan tongang terbalik dengan pemandu kita memandu di sebelah kiri macam pemandu di Amerika Syarikat.


“Seat belt ikat mana entah tinggi gila. Dah la kepala teleng, anak perempuan nampak macam OKU, kawan macam penanggal, isteri dengan tidak sabar nak beraya pakai tudung pun tergesa-gesa dengan seat belt tak pakai.

“IQ pun cetek pegang makanan dalam pinggan dan mangkuk ketika berada dalam kereta macam sudah tiada bekas makanan di rumah. Brek dekat traffic light habis semua berterabur,” tulis seorang netizen, Muhammad Khalish Mokhtar.

Macam-macam lagi lah kutukan rakyat Malaysia terhadap iklan ini. Anda bacalah sendiri!





Difahamkan, iklan raya ini telah dimuat naik menerusi laman rasmi Facebook Ambi Pur namun dipadam setelah menerima kritikan orang ramai.

Bagaimanapun, itu tidak menghalang pengguna Facebook memuat naik kembali gambar iklan raya tersebut sehingga menjadi viral di media sosial. – MYNEWSHUB.CC
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top