Nuffnang

HAIRAN BIN AJAIB: Menjadi Mewah Satu Kesalahan Di Malaysia?


Bukan susah untuk susah, dan bukan senang untuk hidup senang. Apatah lagi untuk bermewah-mewah. Sebenarnya jika kita melihat ada seseorang yang hebat, kehebatan yang diperoleh individu itu bukanlah dengan jalan mudah atau sekelip mata. 

Pasti banyak halangan, rintangan serta jatuh bangun mereka dalam kehidupan yang membawa kepada kejayaan seterusnya kemewahan yang diidam-idamkan kita semua. Sehinggakan ada yang menganggap mereka yang hidup bermewah-mewah ini telah melakukan kesalahan untuk mencapai ke tahap tersebut.

Individu yang memiliki harta mewah bukanlah satu kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 kecuali pemilikan harta-harta tersebut diperolehi hasil daripada kegiatan rasuah oleh seseorang kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low Seng Kuan.


Kata Paul Low, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh menyiasat seseorang yang dikatakan mempunyai harta mewah yang berlebihan tanpa mempunyai asas siasatan di bawah Akta SPRM 2009.


“Setakat ini, SPRM tidak menemukan sebarang ‘predicate offence’ yang dapat memenuhi kehendak di bawah Seksyen 36, Akta SPRM 2009.

“Oleh itu mana-mana pihak atau individu yang mempunyai sebarang maklumat serta bukti kukuh berkaitan isu ini, bolehlah melaporkan kepada SPRM untuk tindakan lanjut,” katanya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila laporan polis seorang pegawai SPRM berhubung kejadian pecah masuk rumahnya yang menyebabkan kehilangan barangan berbentuk beberapa utas jam tangan mewah.

Bagaimapun, hasil siasatan mendapati barangan mewah tersebut milik peribadi suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM Rohaizad Yaakob berkata SPRM memandang serius tohmahan yang dilemparkan menerusi media sosial ke atas pegawainya itu kononnya beliau memiliki harta di luar kemampuan.

Susulan itu, SPRM akan membuat laporan polis berhubung isu ini dan mahu Polis Diraja Malaysia menyiasat tindakan pihak tertentu mendedahkan aduan yang dibuat mangsa menerusi media sosial, katanya.

Mengulas lanjut berkaitan perkara itu, Paul Low berkata sepanjang tahun 2010 hingga 2014, seramai 1299 penjawat awam telah ditangkap SPRM atas kesalahan di bawah Akta SPRM 2009, manakala 638 telah dituduh dan 411 telah disabitkan kesalahan.


“Mereka yang ditangkap ini adalah terdiri dari pelbagai kementerian atau agensi-agensi penguatkuasa dan Pihak Berkuasa Tempatan yang terdiri daripada pelbagai pangkat,” katanya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top