Nuffnang

APA CITER? Anti Rasuah Jadikan Malaysia Tumpuan Dunia!!!


Pihak-pihak berkepentingan dari seluruh dunia akan bertumpu di Malaysia pada September ini menurut Senator Datuk Paul Low, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang bertanggungjawab ke atas portfolio tadbir urus dan integriti. 

IACC Kali Ke-16 diharap akan menjadi medan meningkatkan kerjasama Kerajaan Malaysia dengan mereka.


"Saya ingin menegaskan bahawa Malaysia komited untuk belajar dan berkongsi maklumat dengan rakan-rakan antirasuah dari seluruh dunia.


“Kami akan terus mengukuhkan komitmen kami dengan menyediakan kapasiti dan keupayaan dan memudahkan bantuan teknikal," kata beliau.


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) buat julung kali akan menjadi tuan rumah Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) Kali Ke-16 pada awal September ini, pertemuan pencegahan rasuah yang terbesar di dunia.

Pertemuan di Malaysia akan menyediakan platform holistik kepada peserta untuk berkongsi pandangan dan pengalaman mereka bagi memerangi rasuah dengan lebih berkesan.

IACC kali ini bakal menyaksikan penyertaan pakar-pakar terkemuka pelbagai jurusan dari seluruh dunia, yang akan berkongsi mengenai kemajuan dan cabaran dalam usaha memerangi rasuah.

SPRM khususnya Malaysia dipilih menjadi tuan rumah kali ini kerana Malaysia dilihat sebagai negara yang memperlihatkan komitmen yang tinggi dalam usaha memerangi rasuah di rantau Asia.

Persidangan yang bertemakan "Mengakhiri Kesan Buruk: Rakyat, Integriti, Tindakan" ini dianjurkan bersama oleh Majlis Penasihat IACC, Transparency International (TI) dan Transparency International Malaysia (TI-M).

Persidangan ini akan berlangsung dari 2 hingga 4 September 2015 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Ia akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top