Pengumuman!
Mee kari Merdeka Garden Jalan Labrooy, Ipoh telah disahkan haram.
Pada minggu lepas, Pegawai Agama telah melakukan operasi di premis tersebut dan mendapati terdapatnya tulang khinzir di dalam kandungan kuah kari.
Apabila ditanya, peniaga tersebut memberitahu tidak boleh salahkan dia. Dia tak kata (makanan yang dijual) halal dan dia juga memang tidak meletakkan logo halal.
Cuma orang Melayu saja yang memang sejak dari dulu lagi suka makan di gerai dia.
Tolong viralkan info ini kepada kawan-kawan yang lain. Sayangi Islam dan Melayu.
Nota kaki: Selamat mencuci darah ye semua.
Bagaimanapun, pemilik gerai tersebut menafikan dakwaan itu melalui akhbar Kosmo! 26 Mac yang lalu.
Menurut pengusahanya, Lai Sang Hung, 75, dia telah difitnah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan ini merupakan kali kedua dirinya difitnah selepas kes 2013.
Lai menjelaskan, semua bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan makanan tersebut mempunyai logo dan diperakui halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
"Saya yakin, mesti ada orang yang tidak senang dengan perniagaan saya tetapi pelanggan-pelanggan Melayu masih datang makan sini dan percaya sama saya," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIPk, Ahmad Nizam Amiruldin menafikan serbuan telah dilakukan ke premis berkenaan.
"Kami tidak melakukan sebarang serbuan ke atas premis ini seperti yang didakwa. Kedai itu milik orang bukan Islam, tiada sebab untuk kami berbuat demikian," katanya.
Jelas sekali gerai itu tidak mempunyai sijil halal yang diberikan oleh JAKIM. Pengusahanya hanya memberikan jaminan menggunakan bahan-bahan yang disahkan halal oleh JAKIM namun tidak pernah memohon sijil Halal dari JAKIM.
Kenyataan Pegawai JAIPk juga jelas, gerai itu bukan milik peniaga Islam dan adalah lebih baik umat Islam tidak berkunjung dan menjamah makanan di premis yang tidak mempunyai sijil halal.
Sumber
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....