Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

REALITI TV : JAWI Seru Rakyat Boikot? Boikot Saje Ker?

Gambar Hiasan

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyeru umat Islam agar memboikot rancangan hiburan realiti TV yang boleh melalaikan dan tidak mematuhi garis panduan syariat Islam.

Melalui khutbah Jumaat hari ini Jawi berkata, program TV berkenaan merupakan salah satu bentuk gejala hedonisme yang diwujudkan semata-mata untuk merosakkan pemikiran umat Islam terutama anak remaja.

“Namun, realitinya berapa banyak program yang disajikan itu menepati kehendak dan aturan syariat Islam?

“Bahkan, jika diamati, ada rancangan tersebut berbentuk fitnah sesama artis, mengumpat atau mengeji, namimah atau melaga-lagakan sesama artis, membuka aib artis dan sebagainya.

“Malah, rancangan realiti juga membawa anasir negatif seperti membuat lawak lucah, pendedahan aurat, lelaki berpakaian wanita dan sebagainya,” katanya menerusi khutbah hari ini yang bertajuk ‘Jihad Memerangi Kebatilan’.

Jawi berkata, sebagai umat Islam wajib bagi kita menangani gejala negatif ini selaras dengan garis panduan hiburan dalam Islam yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Kawallah minat anak kita daripada hiburan yang melalaikan dan asuhlah mereka supaya meminati hiburan yang berteraskan syariat Islam.

“Mari kita boikot rancangan tersebut,” katanya.

Jawi turut mengingatkan umat Islam agar berjihad menentang fitnah di media sosial kerana terdapat juga berita yang disebarkan mengandungi fitnah dan mahu memecahbelahkan kesatuan pemikiran umat Islam.

Katanya, selain cenderung memecahbelahkan kesatuan pemikiran sesama umat Islam, ia juga dapat menggugat sistem pentadbiran kerajaan dan mewujudkan suasana politik yang tidak stabil di negara ini.

“Jika kita berhati-hati dalam menerima sesuatu berita serta sentiasa meneliti kesahihannya nescaya agenda sesetengah pihak yang mahu melihat umat Islam berbalah sesama sendiri akan terkubur.

“Mimbar juga ingin mengingatkan jemaah sekalian supaya janganlah menjadi penyebab atau agen penyebaran berita palsu yang mengundang fitnah tersebut,” katanya.

Jakim pada bulan lalu mengeluarkan garis panduan baharu hiburan dalam Islam bagi rujukan pihak berkuasa, penganjur, penerbit dan pihak terlibat dalam aktiviti dan industri hiburan, dengan mengenakan peraturan ketat ke atas personaliti artis, pakaian, tingkah laku dan persembahan mereka.

Jabatan itu juga membuat peraturan mengasingkan antara lelaki dan perempuan di kalangan penonton konsert dan persembahan pentas dan menyekat muzik dan lirik yang mempunyai unsur "menyembah" dan dianggap suci bagi penganut agama selain Islam.

Garis panduan itu dikeluarkan selepas diluluskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-107 pada Februari dan boleh didapati dalam bentuk dokumen di laman web Jakim.

Di bawah peraturan itu, Jakim menetapkan, artis perlu mempunyai peribadi mulia dan akhlak yang baik dan tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah sama ada di bawah undang-undang syariah atau sivil.

Mereka juga mesti berpakaian menutup aurat, kemas dan sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton.

Pakaian, tatarias dan dandanan rambut mereka tidak boleh menyerupai jantina berlainan, kata Jakim, sambil menambah mereka tidak boleh melakonkan watak yang menyerupai jantina berlainan.

Badan berkuasa agama itu menetapkan, lawak jenaka yang disampaikan artis hendaklah berpada dan tidak melampaui batas sehingga membawa kepada ketawa melampau.

Begitu juga, sebarang lawak jenaka tidak boleh dilakukan pada perkara yang serius dan perkara perlu ditangisi.

Ia juga menetapkan semua persembahan juga tidak boleh menyentuh sensitiviti mana-mana agama, budaya dan bangsa dan tidak mengandungi unsur pemujaan atau penyembahan secara langsung atau tidak langsung kepada sesuatu makhluk atau peribadi lain.

Jakim berkata persembahan tarian pula tidak boleh mengandungi unsur lucah, membangkitkan nafsu atau lambang kata yang ditafsirkan lucah, dan tidak ada percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu persembahan yang boleh menimbulkan fitnah.

Jakim juga menetapkan, muzik yang mengiringi persembahan mestilah mendorong kepada suasana positif dan menyuntik ketenangan serta tidak membangkitkan emosi negatif yang bercanggah dengan ajaran Islam. – 29 Mei, 2015.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top