Nuffnang

1MDB : Kah..Kah...Kah... Pasti Ramai Yang Akan Meroyan Dengan Firma Antarabangsa Ini!!!


“Bukan kami tidak bimbang tetapi risikonya belum dirasai oleh institusi perbankan kerajaan mahupun sistem perbankan buat masa ini berbanding risiko politik dalam isu 1MDB ini.
Moody’s Investors Service (Moody’s) tidak melihat isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberi sebarang risiko sistemik terutama ke atas institusi perbankan buat masa ini.


Naib Presiden Penganalisis Kanan Kumpulan Risiko Kedaulatan Moody’s, Christian de Guzman berkata, dalam masa sama Moody’s tidak menolak kebimbangannya terhadap risiko politik dalam isu 1MDB terutama dengan gesaan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan.

Namun katanya, keadaan itu belum membawa sebarang perubahan ke atas dasar fiskal negara.

“Secara dasarnya, keadaan ini juga tidak akan memberi kesan atas penarafan kredit Malaysia walaupun dibelenggu dengan isu 1MDB,” katanya dalam sidang akhbar Moody’s ke atas Prospek Perbankan Islam, Perbankan dan Kedaulatan Malaysia di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Perbankan Islam Global, Pegawai Kanan Kredit Moody’s, Khalid Ferdous Howladar dan Naib Presiden Penganalisis Kanan Kumpulan Institusi Kewangan Asia Pasifik Moody’s, Simon Chen.

Semalam, laporan Moody’s “Malaysia: Most Rated Entities Will Withstand External and Domestic Challenges” menyatakan kewangan yang melanda 1MDB bukanlah petanda bahawa syarikat milik kerajaan (GLC) secara menyeluruhnya tertekan.

Malah, menurut laporan itu, selain 1MDB, ada syarikat yang terus membayar hutang berdasarkan rekod tadbir urus yang kukuh selain mencatat keuntungan.

Sementara itu, Guzman berkata, akaun semasa negara dijangka terus mencatat lebihan untuk tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Katanya, keputusan itu didorong oleh data eksport terutama elektrik dan elektronik yang positif walaupun di sebalik harga komoditi yang rendah dan penyusutan nilai ringgit.

“Pada masa sama, lebihan akaun semasa negara juga menunjukkan peningkatan pada suku pertama berbanding separuh kedua 2014 dan dijangka mencatat pertumbuhan sihat,” katanya.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top