Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

GAGAL!!! Usaha Ke-2 Import Reformis Hong Kong Dikesan Imigresen!!!


Tahniah Imigresen!!! Jangan bagi muka kepada puak-puak pendemo ni masuk menyimbah anasir-anasir negatif kepada rakyat kita. Dan sepatutnya, pihak penganjur turut sama diambil tindakan. 


Seorang lagi aktivis prodemokrasi Hong Kong disekat daripada memasuki negara ini.

Kali ini, Jabatan Imigresen Malaysia menahan ahli dewan perundangan Hong Kong, Leung Kwok-Hung sebaik saja beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur tengah hari ini.


Leung sendiri mengesahkan perkara itu kepada penganjur sesi dialognya yang sepatutnya diadakan malam nanti.

Dipercayai pihak berkuasa sedang bersedia menghantar Leung kembali ke Hong Kong.


Selasa lalu, pemimpin pelajar Joshua Wong, 18, turut dihalang daripada memasuki negara ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.


Leung dan Wong adalah tokoh penting dalam gerakan rakyat yang dikenali sebagai Revolusi Payung untuk mendesak Beijing membatalkan syarat saringan bagi setiap ahli politik yang ingin bertanding dalam pilihan raya di Hong Kong pada 2017.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top