Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

#FBP2015 Asean Skill Network


PUTRAJAYA – Majlis Belia Malaysia (MBM) menerusi Sekreteriat 1 Belia 1 Malaysia (1B1K) telah mengadakan satu program ASEAN SKILL NETWORK 2015 bagi mencetuskan semangat dalam diri setiap belia untuk mencetuskan bakat yang terunggul dalam diri mereka untuk menghasilkan pelbagai kemahiran yang berguna dalam industri tempatan.


ASEAN SKILL NETWORK berperanan untuk membantu Kerajaan Malaysia dalam konteks pembangunan belia berkemahiran dalam melahirkan tenaga mahir untuk keperluan indusri.

MBM juga adalah menjadi platform untuk golongan belia pelbagai bangsa mendapatkan maklumat tentang lanjutan latihan bagi pelajar lepasan sekolah serta peningkatan kemahiran belia dalam industri setempat.

Ini adalah penting dalam menjana kelangsungan pembabitan belia dalam menyediakan pelbagai kemahiran untuk membantu industri sedia ada untuk berkembang dengan lebih pesat.

Presiden MBM, Muammar Ghaddafi telah merasmikan program ASEAN SKILL NETWORK 2015: 1 YOUTH 1 SKILLS ENTERPRENEUR GROUP yang bertempat di booth MBM. Beliau menyampaikan sijil penyertaan dan token penghargaan sempena yang disertai oleh beberapa kolej komuniti seperti Kompeten Belia Johor Terampil, LimKokWing University, TATI University College, Kolej Polytech MARA, Kolej ASA, Murni International College dan lain-lain. 

Selesai acara pembahagian cenderamata, tetamu dihiburkan oleh persembahan fesyen dan hairdressing dari Aimi Academy.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top