Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

VIDEO : Saya Anak Jantan - KJ @KhairyKJ


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menafikan wujud gerakan terancang di bawah arahannya untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebaliknya, Khairy menyifatkan dakwaan itu berniat untuk melaga-lagakan kepimpinannya sebagai ketua sayap Umno dengan Najib yang juga Presiden Umno.

Bagi mempertahankan kenyataannya itu, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, beliau tidak perlu menggunakan orang bawahannya untuk menyerang kepimpinan Najib jika berhasrat untuk berbuat demikian.



"Saya tak ambil sikap baling batu sembunyi tangan. Kalau saya tak sokong siapa-siapa termasuk presiden saya akan cakap.

"Saya anak jantan. Bukan baling batu sembunyi tangan dengan minta orang-orang saya buat gerakan dan sebagainya.

"Kalau tak setuju saya nyatakan tak setuju, kalau tak sokong saya akan cakap...i will say it,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh di sini, Sabtu.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Rembau itu sekali lagi mengulangi sokongannya dan Pemuda Umno secara keseluruhan terhadap kepimpinan Najib.

“Hakikatnya saya sokong presiden. Buat apa kita kata sokong, julang presiden namun kemudian ada gerakan.

"Kalau nak buat sesuatu, saya tak akan minta orang-orang saya...naib atau exco saya untuk buat kerja-kerja begitu, saya akan buat sendiri.

"Gerakan tak ada...tak bangkit soal andaian kalau ada gerakan kerana tak ada gerakan,” katanya.

Sebelum ini terdapat laporan yang mendakwa lima pemimpin pemuda Umno pusat diketuai oleh Naib Ketua Pemudanya, Khairul Azwan Harun mengadakan mesyuarat bersama Pemuda Umno Johor di Rompin untuk menjatuhkan Najib.

Menerusi laporan tersebut, Khairul Azwan atau Azwan Bro didakwa dalam mesyuarat itu turut melahirkan rasa tidak percaya dengan penjelasan Najib semasa pertemuan bersama Pemuda Umno minggu lalu.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top