Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

#PRKRompin : Niat Jahat Burukkan Pemuda UMNO!!! @KhairyKJ #PemudaUMNO


Tindakan pihak tertentu yang sengaja memainkan isu kononnya jentera Pemuda UMNO tidak turun padang untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dilihat hanyalah mainan politik semata-mata.



Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rompin Datuk Mohd Johari Hussain menganggap dakwaan itu sengaja ditimbulkan bagi mengucar kacirkan hubungan baik dalam kalangan anggota parti di kawasan itu.


"Kita dengar orang bercakap (jentera) Pemuda amat perlahan, tidak aktif dan agresif. Itu semua hanya di peringkat permulaan.


"Kini kita boleh lihat Pemuda UMNO terus memainkan peranan sebagai jentera utama dalam memastikan segala gerak kerja berjalan lancar," katanya kepada Bernama selepas merasmikan majlis penutup program Selangkah ke Menara Gading bersama Universiti Malaysia Pahang di SMK Pontian Jaya, di sini hari ini.



Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tioman berkata selepas hari penamaan calon, 22 April lepas, Pemuda terus menggerakkan lebih 1,500 jenteranya daripada 14 bahagian untuk berkempen mendekati rakyat.


Mereka telah dikerahkan untuk memasang poster dan bendera di kesemua kawasan di daerah Rompin selain memasuki kawasan pedalaman bagi mendekati masyarakat di kawasan itu.


"Kita guna pendekatan lebih mendekati pemuda di dalam kawasan pedalaman untuk memujuk mereka keluar mengundi pada 5 Mei nanti dalam dalam memastikan majoriti meningkat dan kerusi Parlimen itu terus menjadi milik Barisan Nasional.



"Sehingga kini, lebih 70 peratus kawasan telah berjaya kita masuk untuk berkempen termasuk di Bukit Ibam dan Bandar Muadzam dan tumpuan kini tinggal hanya bahagian Tioman," katanya.


Ahad lepas, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menyangkal dakwaan jentera Pemuda parti itu tidak turun padang untuk berkempen kerana tidak kelihatan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) di kebanyakan kawasan Parlimen Rompin.



Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dijadualkan akan turun ke Rompin bagi membantu jentera BN khususnya pemuda. Sabtu lalu, Khairy telah turun ke Permatang Pauh untuk melancarkan Jentera Pemuda BN yang disempurnakan oleh DS Zahid Hamidi selaku Pengerusi BN bagi PRK Permatang Pauh.

PRK Parlimen Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Datuk Hasan Arifin dan calon PAS Nazri Ahmad, bagi mengisi kekosongan kerusi itu berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.

Gambar-gambar dibawah pasti membuka mata pihak-pihak yang membuat tohmahan ke atas jentera Pemuda. Kalau bukan Pemuda, siapa lagi?








Lagi gambar-gambar DISINI
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top