Nuffnang

TERKINI!!! Lee Chong Wei Digantung, Tapi Boleh Beraksi Mulai Jumaat Ini!!!


Dato Lee Chong Wei Di Gantung 8 Bulan... Walaubagaimanapun, Tarikh Penggantungan Tersebut Berkuatkuasa Dari Tarikh Beliau Didapati Positif Dadah Larangan Bermakna Tarikh Penggantungan Tersebut Akan Berakhir Pada 30 April 2015.


Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei telah digantung lapan bulan ekoran penggunan dadah terlarang.

Namun demikian, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata Chong Wei boleh menyertai pertandingan mulai 1 Mei kerana tarikh pengantungan itu bermula dari 30 Ogos, tahun lepas.

Keputusan ini bermakna Chong Wei dibenarkan bertanding di dalam Piala Sudirman di Dongguan dari Mei 10 ke 17, Sukan SEA Singapura pada Jun dan Kejohanan Dunia di Jakarta pada Ogos.

Chong Wei, 33, digantung oleh BWF selepas didapati positif menggunakan bahan terlarang dexamethasone ketika beraksi pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, pada Ogos 2014.

Pemenang pingat perak pada Sukan Olimpik Beijing 2008 dan London 2012 itu digantung oleh BWF pada 11 Nov, 2014 sementara menunggu kesnya didengar di Amsterdam pada 11 April.

Berkuat kuasa 1 Jan tahun ini, BWF meminda peraturan dopingnya dan mereka yang disahkan mengambil bahan terlarang boleh digantung sehingga empat tahun.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top