Nuffnang

#PRKRompin : Hadiah Istimewa Buat Anak Muda Felda!!!


Betapa untungnya menjadi peneroka FELDA. Lebih untung apabila menjadi anak peneroka Felda. Pelbagai bantuan dan insentif diberikan kerajaan dalam membela dan menjaga kepentingan Bumiputera di Tanah Melayu sehingga FELDA dijadikan model rujukan oleh negara-negara luar dalam pembangunan negara mereka.

Menyedari keadaan di #PRKRompin semakin berpihak kepada Barisan Nasional, pihak pembangkang nampaknya telah mati akal dengan mula mengatakan bahawa FELDA tidak mengotakan janji mereka untuk membina rumah Belia FELDA seperti yang dijanjikan. 


Namun nampaknya pihak pembangkang lupa apabila FELDA sebenarnya telah siap membina kira-kira 300 unit rumah Belia FELDA di Felda Selendang 1, Kuala Rompin, Pahang.

Rumah-rumah yang telah siap dibina ini akan diberikan kepada Belia FELDA melalui konsep "Sewa & Beli" selama 5 tahun memandangkan ramai belia di FELDA tidak mempunyai slip gaji untuk membuat pinjaman bank. 

Malah fitnah yang mengatakan bahawa rumah Belia FELDA ini diberikan kepada kroni juga tidak benar apabila terdapat syarat-syarat kelayakan yang perlu dipatuhi iaitu:

1) Penyewa atau bakal pembeli wajib duduk rumah itu. 


2) Penyewa perlu disiplin bayar sewa setiap bulan (sebab bayaran bulanan ini akan dilihat oleh Bank dan Felda sebagai slip gaji). 

3) Selenggara rumah dengan baik. 



4) Penyewa perlu sistematik bayar sewa selama 5 tahun kerana ini akan dikira sebagai layak membeli rumah & memohon pinjaman bank dengan bantuan FELDA.

Bagi kami, usaha murni yang dilakukan oleh FELDA ini adalah satu usaha yang wajar diberi penghargaan. Bukan dengan menghina dan memfitnah FELDA kononnya tidak melakukan apa-apa untuk anak belia di kawasan FELDA. 

Kami ingin menyeru kepada anak muda untuk melakukan pertimbangan yang sewajarnya kerana telah terbukti bahawa arwah Tan Sri Jamaluddin Jarjis, UMNO dan Barisan Nasional telah menjaga kesejahteraan rakyat di Rompin secara khususnya dan Malaysia secara amnya. 

SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top