Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

PANASSS!!! Timbalan Menteri Disingkirkan - Ugut Adakan Perhimpunan!!!



Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan mengugut akan mengadakan perhimpunan besar di hadapan kediaman presiden parti Datuk Seri G. Palanivel jika beliau gagal mengadakan mesyuarat tergempar jawatankuasa kerja pusat (CWC) dalam 24 jam.

“Kami memberinya 24 jam untuk mengadakan mesyuarat itu. Jika tidak kami akan berhimpun di depan rumah Palanivel.

“Keadaan sudah kelam kabut,” katanya di luar ibu pejabat MIC sebentar tadi.

Semalam, Palanivel menggantikan Saravanan dengan Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan Datuk Rajoo Vyraperumal.

Kehadiran penyokong Saravanan di luar bangunan ibu pejabat mencetuskan suasana tegang dengan polis kelihatan bersiap sedia.

Keadaan menjadi kecoh apabila pengawal keselamatan enggan membenarkan penyokong itu memasuki bangunan.

Kumpulan itu hanya bertenang selepas Saravanan keluar dan bercakap dengan mereka.

Umum mengetahui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada Disember lalu mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula bagi tiga jawatan naib presiden.

Selain itu lapan bahagian MIC turut diarahkan mengadakan semula pemilihan dalam tempoh yang ditetapkan.

Keputusan itu dicapai selepas ROS mendapati wujud salah laku dalam pemilihan pada Perhimpunan Agung MIC di Melaka pada 30 November 2013.

Mengikut perkiraan selepas RoS mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula pada 5 Disember, parti itu mempunyai masa lebih kurang sebulan untuk melakukannya.

Hari ini Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel mengumumkan senarai lantikan beberapa jawatan utama peringkat negeri termasuk pelantikan Tan Sri Ramasamy Muthusamy sebagai pengerusi jawatankuasa perhubungan MIC Perak.

Palanivel berkata semua pelantikan berkuat kuasa serta merta dan beliau telah mengeluarkan surat kepada semua yang terlibat yang akan sampai kepada mereka dalam waktu terdekat.

Ramasamy mengambil alih jawatan pengerusi MIC Perak daripada Palanivel.

Datuk Ganesan Arumugam mengambil alih jawatan Datuk S. Sothinathan sebagai pengerusi jawatankuasa perhubungan Negeri Sembilan.

Selain itu, Datuk Rajoo Vyraperumal ialah pengerusi jawatankuasa perhubungan MIC Wilayah yang baru menggantikan Datuk M. Saravanan. (SUMBER)

** M. Saravanan merupakan Timbalan Menteri di Kementerian Belia Dan Sukan
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top