Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

KELUAR PAKATAN!!! Bersediakah Ahli PAS dan PASMA Ikut Hadi??



Betapa jauhnya hujah Hadi menyimpang daripada realiti politik semasa. Malah jauh menyimpang daripada dasar PAS sejak kepimpinan ulama mengambil alih parti itu.

Hujah menyeleweng

Sejak 1990an, kepimpinan Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat menentang perkauman. Bagi Nik Aziz keimanan diutamakan. Islam didahulukan sebelum Melayu. Kerana itu Nik Aziz membenarkan salah seorang pemimpin PAS Kelantan berbangsa Cina Annuar Tan bertanding di DUN Kota Lama, Kota Bharu.

Bagaimanakah untuk menyesuaikan hujah Hadi bahawa pilihan raya majlis tempatan hanya akan menguntungkan Cina di bandar? Bukankah PAS juga menempatkan calon etnik Cina bertanding di kawasan Cina dan India di kawasan India dalam pilihan raya umum lalu?

Hujah Hadi menyeleweng daripada perjuangan parti itu apabila mahukan Datuk Bandar dilantik. Bukankah hujah yang sama dimainkan Umno untuk mengekalkan sistem lantikan terus majlis tempatan, iaitu bagi membolehkan orang Melayu menduduki kerusi Datuk Bandar di kawasan penduduk Cina.

Bagi PAS, sejak 20 tahun lalu mereka lebih senang menempatkan Cina atau India yang menjadi ahli parti atau ahli kelab penyokong untuk bertanding di kawasan majoriti bukan Melayu kerana percaya hanya individu dari sesuatu kaum yang tahu adat resam dan buadaya kaum berkenaan.

Dasar sederhana yang diperkenalkan sejak era Presiden PAS Fadzil Noor memimpin parti itu kini mahu dijungkir balik oleh Hadi yang berfahaman ekstrem. Fahaman ini akan membawa PAS ke era 1970an. Iaitu keadaan selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Ketika itu, demi menyelamatkan Melayu, Yang Di Pertua PAS Asri Muda membawa parti itu bersekutu dengan BN. Persekutuan ini hanya bertahan selama kurang 7 tahun sebelum Umno menendang PAS dengan muslihat licik pada 1978.

Persekongkolan Umno-PAS atau percubaan ke arahnya amat ditentang keras oleh Nik Aziz, Yusof Rawa dan Fadzil Noor. Hal itu yang menyebabkan PAS dijenamakan semula pada 1980an sebagai parti yang mendahulukan Islam berbanding kaum. Perjuangan Islam juga dipakejkan dengan amalan pentadbiran telus, akauntabiliti dan efisen di Kelantan.

Namun dalam setahun ini, Hadi menghancurkan semua yang dibina oleh generasi terdahulu. Kepercayaan etnik Cina dan India kepada PAS diperolehi secara sangat sukar dengan penubuhan CCC pada era Fadzil Noor. Sehinggalah saga Anwar Ibrahim membantu PAS pada 1998.

Keadaan kembali merosot apabila Hadi mengisytihar negara Islam pada 2003 dan PAS kalah teruk pada PRU 2004. Cina dan India kembali mempercayai PAS apabila Anwar bangkit semula menjelang PRU 2008. Nik Aziz dijadikan jaminan PAS tidak akan menyeleweng.

Kini, PAS masuk ke zaman pasca Nik Aziz. Masyarakat berbilang kaum mengharapkan kepimpinan Hadi akan lebih baik, atau sekurang-kurangnya meneruskan apa yang telah diasaskan oleh Fadzil dan Nik Aziz. Malangnya PAS kembali ke era belum kenal gabungan politik. PAS mahukan pemerintahan yang hanya berpaksikan parti itu semata-mata. Hadi menggunakan terlalu banyak Majlis Syura Ulama ketika krisis perlantikan MB Selangor.

Lunas demokratik

Sedangkan majlis syura ini tidak digunakan untuk memveto keputusan pada zaman Fadzil. Puak profesional PAS ketika itu menarik komitmen bukan Islam dengan hujah setiap pemimpin PAS telah diasuh dengan budaya demokrasi dan dipilih secara demokratik untuk menjadi pemimpin. Masakan pemimpin itu mengetepikan demokrasi sekiranya mereka memerintah negara.

Terbukti hari ini Hadi bertindak tidak mengikut lunas demokratik. Beliau mahukan Malaysia bergerak seperti Iran, majlis syura menentukan segala-galanya. Terdapat pengawal republikan yang memastikan rakyat membuat apa yang dibenarkan oleh pemerintah sahaja.

Tidak mungkin rakyat Malaysia akan menerima cara pemerintahan seperti ini. Cara Hadi hanya boleh dicapai melalui revolusi, sebagaimana revolusi Iran. Dan tentunya revolusi seperti itu jika dipimpin PAS tidak akan mendapat sambutan bukan Islam.

Jadi, adakah pilihan lain bagi Hadi? Peluang nampaknya boleh diraih dengan kerjasama bersama Umno yang inginkan Hudud di Kelantan. Tetapi adakah Umno mahukan Islam sepenuhnya? Jika mahu menukar Malaysia menjadi Iran tentu sekali Umno yang pertama akan melancarkan muslihat untuk menumpas dan memenjarakan pemimpin PAS.

PAS tidak akan ke mana-mana dengan politik yang tanpa arah ini. Pakatan Rakyat tentunya tidak sebulu dengan parti itu dan Umno BN juga akan mengkhianati mereka jika bergabung sebagaimana era 1970an.

Bagi ahli PAS, mereka harus sedar agenda yang mahu dibawa oleh golongan di sekeliling Hadi ini.

Jika pada dua dekad lalu Melayu menolak PAS dan menjadikan pemimpin parti itu tukang debat kedai kopi, PRU ke 14 akan menyaksikan pemimpin PAS menghuni kedai kopi semula jika kenyataan-kenyataan yang kurang rasional terus dikeluarkan mereka.

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis dan bukannya pandangan rasmi suarapakatandaily
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top