Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

DAH KENA!!! Bekas SU Politik MB Dipenjara 3 Bulan!!!



Bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh dijatuhi hukuman penjara tiga bulan selepas Mahkamah Rayuan mendapati beliau bersalah atas dakwaan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) fitnah kepada tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Hakim Tan Sri Md Raus Sharif yang mempengerusikan panel tiga hakim membuat keputusan sebulat suara terhadap Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir pada Jumaat.

Md Raus membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang membebaskan Ahmad Ramzi pada Disember 2013.

Hukumannya akan berjalan serentak bermula Jumaat. Ahmad Ramzi didakwa atas tiga pertuduhan menghantar SMS berbaur ugutan dan satu berbentuk fitnah. (mStar)
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top