Nuffnang

PERGHH!!!! Penggal Kepala Atau RM 3 Juta - Tuntutan Penculik!!!



Mak aiii..... sungguh keterlaluan dan melampau tuntutan mereka. Kumpulan militan Abu Sayyaf mengugut memenggal kepala penternak ikan dalam sangkar, Chan Sai Chuin jika wang tebusan berjumlah RM3 juta tidak dibayar pada November.


Isteri Chan, Chin Pek Nyen berkata, kumpulan militan itu bagaimanapun tidak menetapkan tarikh tertentu namun mengingatkannya bahawa mereka akan membunuh suaminya jika permintaan tidak dipenuhi.

"Mereka (Abu Sayyaf) memberitahu saya bahawa mereka akan menghantar kembali kepala Chan jika saya gagal membayar wang tebusan," kata Chin .

Chin, 42, berkata demikian pada sidang media di sini sambil merayu kepada kerajaan negeri dan Persekutuan supaya meningkatkan usaha untuk membebaskan suaminya.

Beliau berkata ancaman daripada penggas itu diterimanya menerusi panggilan telefon semalam.

"Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Saya cuba untuk meminjam wang daripada keluarga dan rakan-rakan bagi mengumpul wang itu.

"Tapi berapa ramai orang boleh bagi pinjaman, saya memerlukan bantuan kerajaan," katanya.

Chan diculik di Kampung Sapang Air, Kunak pada 16 Jun lalu dipercayai berada dalam keadaan selamat.
Share this article

1 Komen:

  1. Simpati jugak pada individu tu tapi bila terkenangkan DAP yg tak abis2 kutuk kerajaan membazir wang rakyat belanja duit utk bajet ATM rasa mcm nak kata padan muka pon ada....

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top