Nuffnang

PANASSS!!! Anak Muda Ini Bakal Gegarkan Perak!!!



Siapa tidak kenal Adam Adli? Safwan Anang? Dyana Sofea? RaRa? Rata-rata anak muda yang mengikuti perkembangan semasa dalam negara pasti mengenali nama-nama ini. Cuma agak menyedihkan kerana mereka-mereka ini "DIKENALI" melalui tindakan-tindakan kontroversi yang dilakukan mereka.

Namun, individu yang dimaksudkan dalam tajuk di atas bukanlah individu yang akan memporak-perandakan pergerakan belia di negara kita. Sebaliknya, beliau adalah individu yang mempunyai peranan serta tanggungjawab yang besar untuk meletakkan kembali pergerakan dan pembangunan belia di landasan yang betul.

Mesyuarat Agung Majlis Belia Negeri (MBN) Perak kali ke 18 akan berlangsung pada 1hb November 2014 di mana akan diadakan juga pemilihan pucuk pimpinannya dari jawatan Presiden sehinggalah ke barisan EXCO yang pasti akan menjadi tumpuan.

Bersama-sama ini disertakan beberapa info dan maklumat yang penulis petik dari blog sahabat BB (Budak Sri Kinta) bagi menyatakan sokongan penuh penulis kepada Saudara Hasnul Fairuz untuk meneruskan kepimpinan beliau di MBN Perak sebagai PRESIDEN!!!



...........Dari Blog Budak Sri Kinta :

Untuk makluman semua, Mesyuarat Agung MBN Perak kali ke 18 akan berlangsung pada 1hb November 2014. Dengan itu aku berpendapat adalah wajib kita mengekalkan Presiden yang sedia ada (Hasnul Fairuz) sebagai Presiden adalah kerana belia negeri perak sememangnya memerlukan pemimpin yang sebegini kerana sifat kesukanannya, rajin membantu masyarakat tidak kira apa jua kaum, sifat rendah dirinya, sentiasa dekat dihati belia, mesra bersama belia, dan sangat berwawasan tinggi yang akan menjadikan generasi belia akan datang terus cemerlang.

Janganlah sesekali kita salah memilih calon hanya kerana habuan semata-mata. Ingatlah, sekiranya kita tersalah pilih calon akan hancurlah sebuah organisasi belia yang sememangnya selama ini telah berkembang dengan jayanya. Undilah Hasnul Fairuz calon 01 yang sememangnya telah terbukti kepimpinannya.


Dibawah adalah sedikit ucapan dari calon 01 Hasnul Fairuz..

Dengan rasa rendah dirinya saya dicalonkan bagi penggal ini sebagai Presiden Majlis Belia Negeri Perak. Saya mohon sokongan, dorongan dan doa rakan-rakan untuk saya meneruskan perjuangan Dasar Belia Aman Jaya serta konsep 5P untuk 5 Tahun. 

Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya.



Calon 01 - Meraikan Perbedaan Memperkukuhkan Perpaduan !!!

- Terlibat dengan gpms sejak 1993

- Peserta World Youth congress di Maghribi pada tahun 2003

- Peserta National Youth Asean award di Cambodia 2006

- Penerima tokoh kepimpinan bagi sambutan hari belia peringkat negeri perak 2005

- Penerima tokoh kesukarelaan bagi sambutan hari belia peringkat negeri perak 2007. 

- Pernah menjadi Exco majlis belia malaysia sejak 2006-2009

- Ketua penerangan majlis belia malaysia 2010- hingga kini 

- Presiden majlis belia negeri perak baru satu penggal



Lagi gambar-gambar menarik di SINI
‪#‎Hasnul4Presiden‬
‪#‎KekalkanMBNPerak‬

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top