Nuffnang

GAMBAR DAN VIDEO : OPERASI MENJEJAK PENGGANAS SULU - Dua Ditembak Mati!!!



Polis menembak mati dua lelaki, yang dipercayai anggota pemberontak tentera Sulu dan menjadi antara penggerak utama merekrut anggota baharu, di kawasan rumah kedai, Penampang Baru, Sabah, semalam.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, sepasukan anggota polis telah mengepung kenderaan dinaiki kedua-dua lelaki tersebut sebelum kedua-dua mereka cuba melepaskan tembakan dan pihak polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri.

Menurut sumber polis, pihaknya telah membuat intipan beberapa minggu lalu mengenai aktiviti kedua-dua pemberontak terbabit dan mendapati mereka cuba merekrut anggota baharu dan menyebarkan ideologi kesultanan Sulu di seluruh Sabah serta mengajar elemen keganasan.

"Suspek berusia 30-an dan 50-an berasal dari Kota Kinabalu. Mereka juga sedang cuba melakukan samun bersenjata di kawasan kedai itu. Polis kini sedang mengesan saki baki kumpulan ini dan mereka juga dipercayai mula aktif di luar kawasan pantai timur Sabah," katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada Febuari 2013, negara dikejutkan dengan pencerobohan pemberontak bersenjata tentera Sulu dari Selatan Filipina di Lahad Datu dan Semporna di perairan Pantai Timur Sabah yang menyaksikan 10 anggota pasukan keselamatan negara terkorban.

Bagaimanapun negara berjaya mematahkan tindakan pemberontak itu melalui operasi bersama pasukan tentera dan polis yang dinamakan Operasi Daulat dengan membunuh lebih 100 pemberontak itu dan menangkap ratusan lagi pengikutnya di negeri tersebut.

Susulan insiden itu kerajaan telah menubuhkan perisai keselamatan bagi mengawal insiden pencerobohan, penculikan dan penyeludupan di Sabah, yang dinamakan ESSZONE (Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah ) dan ESSSCOM ( Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah).

Sementara itu, di PENAMPANG, Sabah, penduduk pekan itu panik seketika dengan insiden berbalas tembakan di kawasan perniagaan Penampang Baru itu.

Saksi kejadian seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an yang tidak ingin dikenali, mendakwa beliau mendengar tembakan dilepaskan di kawasan perniagaan itu.

"Saya tengah bekerja, terdengar bunyi seperti barang jatuh dan saya keluar dari kedai ternampak sekumpulan lelaki bersenjata memakai topeng melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah penumpang sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Pekerja kedai makanan itu berkata beliau bersembunyi di kawasan kedai itu dan sempat melihat sekumpulan anggota polis tiba di tempat kejadian kira-kira 15 minit kemudian dan melakukan pemeriksaan terhadap mangsa yang ditembak mati.

Beliau juga berkata melihat anggota polis membawa masuk dua plastik hitam dipercayai mayat mangsa yang ditembak.

Tinjauan Bernama mendapati polis menutup dua blok perniagaan dengan memasang tali kuning bagi melarang mana-mana pihak memasuki kawasan itu.

Sementara itu, satu sidang media khas mengenai perkara itu akan diadakan esok oleh Pesuruhjaya Polis Sabah.












VIDEO RAKAMAN AMATUR 

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top