Nuffnang

KESIAN PAS : SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA!!!




Parti yang berteraskan agama dan mengangkat ulama sebagai rujukan menerima tamparan dan menanggung malu yang besar pada hari ini. Selain Hj Hadi, rupanya ada seorang lagi pemimpin PAS iaitu Husam Musa yang terpaksa menanggung 2 kali aib....... ibarat sudah jatuh ditimpa tangga..... 

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak dengan kos tuntutan saman RM10 juta yang difailkan Datuk Husam Musa terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB) kira-kira lima tahun lalu atas dakwaan memfitnahnya.


Keputusan dibuat oleh Hakim Datuk Su Geok Yiam yang menolak saman itu dengan kos RM45,000.


Pada 22 Feb 2010 Husam memfailkan saman itu dengan menamakan syarikat terbabit, Ketua Biro Kota Bharu Azran Fitri Rahim dan Ketua Pengarang Mingguan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Husam memfailkan saman tersebut berhubung artikel bertajuk ‘Husam letak jawatan? Nik Aziz Beri Cuti Lima Hari Untuk Tenangkan Fikiran’ kerana mendakwa artikel bertarikh 22 November 2009 yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia itu kononnya memfitnah beliau.

UMMB diwakili peguam Mohana Kumar T.K.B.

Sumber: UTUSAN ONLINE
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top