Nuffnang

PANASSS!!! Komen Anak Menteri Kini Viral Di Media Sosial!!!



Aduyaiii...... anak menteri ni tidak pernah sunyi dari kontroversi. Lepas satu, satu..... kadang-kadang dah rasa menyampah tahap maksimum dah. Bukan nak menyibuk, namun sebagai manusia beliau haruslah sedar bahawa tidak semua insan dilahirkan bernasib baik.
 
Tidak dinafikan ramai yang terkejut apabila harga petrol RON95 dinaikkan sebanyak RM0.20 baru-baru ini. Perkara tersebut mendapat perhatian banyak pihak dan telah menjadi perbualan hangat di laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

Tidak ketinggalan kekasih kepada pelakon Nora Danish, Nedim Nazri yang telah meninggalkan komen kepada salah seorang pengguna laman sosial lain supaya menggunakan motorsikal ke pejabat berikutan kenaikan harga bahan api itu.


Selain itu, Nedim yang menggunakan pengenalan diri sebagai bossned_ turut menyarankan supaya pengguna laman sosial itu membuat perbandingan harga minyak di negara ini dengan Thailand.

Komen tersebut telah di ‘screen capture’ oleh seorang pemilik akaun twitter telah dikongsikan menerusi akaun Facebook (FB) blog Rotikaya.

Tidak mengambil masa yang lama, pengikut di akaun FB blog tersebut telah mengecam komen yang dibuat Nedim.

Malah ramai yang menganggap pandangan yang dikemukakan oleh anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu sebagai kurang bijak.

Lebih 2 ribu komen telah ditinggalkan pada gambar yang dimuat naik di akaun FB Rotikaya selain mendapat 19,014 ‘like’ dan 405 perkongsian semasa artikel ini ditulis, lapor The Malaysian Post. 

~kualalumpurpost
Share this article

5 Komen:

  1. nampak sangat kebodohan dan kebangangan anak Menteri UMNO. Thailand bukan negara pengeluar minyak la bongok jadi tak boleh bandingkan dengan Thailand. Cuba bandingkan dengan negara pengeluar minyak yang lain seperti Brunei, Arab Saudi,Irand dsb.Agaknya dia selalu ke Thailand dengan Nora Danish kot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ano 10:40.. ko semak senarai negara pengeluar minyak dunia.. ada ke nama Malaysia? ����

      Padam
  2. Baguslah dia nasihat pakai motor gi pejabat... padahal dia mampu paka kete mewah. Kenapa perlu prejudice atau buruk sangka....?

    BalasPadam
  3. Semoga beliau berbahagia dengan Nora danish.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top