Felda dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd. hari ini memenangi kes samannya terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan dua lagi berhubung penerbitan dua artikel di akhbar mingguan Suara Keadilan kerana palsu dan tidak benar.
Hakim Datuk Kamaludin Md. Said memutuskan demikian dan memerintahkan supaya ganti rugi yang bakal diterima Felda untuk ditaksirkan kemudian di hadapan Penolong Kanan Pendaftar.
Pernyataan fitnah itu terkandung dalam artikel pertama bertajuk 'Felda Bankrap' yang diterbitkan pada 22 Jun 2010 dan artikel kedua berserta gambar bertajuk 'Kontroversi' dan 'Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu' bertarikh 29 Jun 2010 yang diterbit dan diedarkan oleh akhbar itu.
Pada 16 Ogos 2013 Felda dan syarikat pelaburannya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, memfail saman terhadap Dr Wan Azizah, Dr Syed Husin Ali yang ketika itu naib presiden PKR, editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib, dan Rusnizam Mahat, yang menulis artikel itu atas dakwaan menyiarkan dua artikel yang memfitnah Felda dalam Suara Keadilan.
Felda mendakwa artikel yang disiarkan pada 22 dan 29 Jun bertajuk 'Kontroversi' dan 'Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu' menjejaskan imej mereka.
Ia mendakwa penerbitan artikel-artikel itu boleh menjejaskan dan defendan sengaja menyiarkannya untuk merosakkan kepercayaan dan keyakinan peneroka-peneroka Felda terhadap agensi itu.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....