Dalam Facebook ada.. dalam twitter pun ada... Anak Nik Aziz semacam istihar perang ke atas pemimpin tertinggi DAP dan ahli PKR melalui komennya.
Kalangan DAP memang terkenal dengan otak sempit mereka, jumud.. Mungkin kita tidak sedar, tidak ada negara dalam dunia yang pemimpin politiknya bawa satu delegasi ikut pesta arak dan minum arak sampai lupa diri.
Dulu PAS kata sanggup bekerjasama dengan syaitan untuk tumbangkan umno.. sudah namanya syaitan, bila mereka togak arak kenapa nak perli pula?
Tindakan beberapa pemimpin PKR dan DAP yang didakwa turut serta dalam pesta arak, Oktoberfest baru-baru ini mengundang kecaman Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Nik Abduh menerusi laman sosial Facebook miliknya malam tadi memuatnaik status 'memuji' tindak-tanduk pemimpin rakan sekutunya dalam PR yang secara terang-terangan menyatakan sokongan terhadap pesta berkenaan.
"Terasa 'hebat' tengok pemimpin DAP dan PKR dok teguk arak dalam majlis Oktoberfest. Memang betul-betul DAP dan PKR la..
"Tak mahal rupanya otak dan akal untuk tadbir negara," tulis beliau yang sebelum ini mengundang kontroversi menyatakan Pas dibuli dalam pakatan pembangkang.
Beberapa nama pemimpin PKR dan DAP yang dilaporkan hadir pada pesta arak itu ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua; Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Sementara itu pemimpin PKR, R Sivarasa; Adun Bukit Gasing, R Rajiv; Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yinm dan Exco Selangor, Elizaberth Wong.
Dewan Ulama Pas sebelum ini membantah sekeras-kerasnya penganjuran Oktoberfest.
Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas juga turut serta ketika penyerahan memorandum kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membantah penganjuran festival itu.
Pesta arak Oktoberfest ini telah bermula sejak 24 September lalu di beberapa lokasi di Selangor.
Oktoberfest turut dilapor akan berlangsung di Jonker Walk, Melaka, Sabtu ini dan di beberapa negeri lain lagi. -Sinar Harian
- DIPETIK
*** Kali ini gua setuju dan sokong 100% dengan Nik Abduh..... Namun, tak kan setakat kutuk rakan-rakan dalam PR jer? Takde keberanian? Please la.... agama mendahului semua perkara!!!
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....