Nuffnang

APE CER??? 4 Wanita Separuh Bogellll Kini Diburu!!!




Port Dickson: Empat wanita dipercayai pelancong asing yang didapati berjemur separuh bogel di Pantai Saujana Batu 4 di sini semalam sedang dikesan.

Jurucakap polis berkata satu laporan mengenai perkara itu diterima pada pukul 8.30 malam tadi dan usaha sedang dibuat untuk mengenal pasti mereka berkenaan.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Khoo Leng Huat mengesahkan terdapat laporan tentang perkara itu yang berlaku kira-kira pukul 2 petang semasa cuaca panas terik.

Gelagat mereka disedari seorang pengunjung dan merakamkannya.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson, Datuk Ab Khalid Mat berkata pihaknya turut memandang serius perkara itu.

"Mandi tanpa pakaian di tempat awam adalah satu kesalahan," jelasnya.


Pengunjung yang enggan dikenali berkata, dia terkejut dengan perlakuan melampau wanita terbabit.


"Mereka pada awalnya hanya berbikini dan berenang di pantai. Selepas setengah jam kemudian, mereka naik semula ke pantai dan berjemur dengan hanya memakai seluar dalam sahaja.

"Tiga dari mereka berusia sekitar 20 hingga 30 tahun, sementara seorang lagi lebih berusia sekitar 50-an. Mungkin mereka anak beranak," katanya.

Sementara itu, penjaga tandas awam Pantai Saujana Batu 4, Latif Ahmad, 61, berkata, dia didatangi oleh empat wanita warga Eropah lengkap berpakaian sekitar jam 12 tengah hari yang ingin menyewa payung.

"Mungkin mereka menginap di salah sebuah hotel sekitar Batu 4 berikutan mereka hanya berjalan kaki ke pantai ini.

"Disebabkan saya tidak faham bahasa Inggeris, saya hanya berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat dan dengan bantuan orang awam lain, dia dimaklumkan wanita berkenaan ingin menyewa payung dan meminjam kerusi," katanya.

Tambah Latif, dia tidak menyedari kejadian berkenaan sehinggalah diberitahu wartawan.

“Jarak antara tandas ini dan lokasi kejadian agak jauh, ditambah pula tempat ini dihalang oleh tandas," katanya.

Katanya, sekitar jam 4 petang, wanita berkenaan memulangkan semula kerusi dan sempat bertanya bagaimana hendak ke restoran segera di Port Dickson," katanya.

Latif berkata, sejak dia bertugas sebagai penjaga tandas hampir dua tahun lalu, ini kali pertama dia mendengar berita mengenai kejadian seperti itu.

“Memanglah tidak ramai pengunjung yang datang ke pantai ini semalam (kelmarin) kecuali pada hujung minggu atau cuti umum, memang pantai ini padat dengan pengunjung,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Datuk Ab Khalid Mat berkata, walaupun kes itu terpencil, namun pihaknya memandang serius perkara itu dan sedang menjalankan siasatan lanjut mengenainya.

“Mandi tanpa pakaian di tempat awam adalah satu kesalahan dan melanggar etika Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

“Oleh itu, orang ramai diminta bekerjasama dalam hal ini. Sekiranya perkara sama berlaku, orang ramai diminta segera menghubungi MPPD atau pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” katanya.
Share this article

1 Komen:

  1. buat signboard la, ni xde signboard siapa la tau xleh bogel.. LOL

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top