Nuffnang

MUTAKHIR : Timbalan Speaker Selangor Letak Jawatan Serta Merta!!!



Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata jawatan Timbalan Speaker Selangor yang sebelum ini disandang oleh Nik Nazmi Nik Ahmad akan diserahkan kepada PAS.

Menurut Azmin, ini kerana Nik Nazmi telah meletak jawatan berikutan telah dilantik sebagai Exco Selangor yang baru oleh MB baru.

Namun Azmin tidak mendedahkan siapa calon dari PAS itu, hanya akan diputuskan selepas dewan bersidang bulan November nanti.

Jelasnya lagi, jawatan Timbalan Speaker juga akan dibincangkan oleh PAS.

“PAS akan mengadakan mesyuarat bagi menentukan calon yang akan dikemukan kepada saya,” katanya ketika ditemui pemberita dalam satu sidang media di bangunan SSAAS.

Selain itu Azmin juga mengumumkan bahawa kerusi Exco untuk PAS berkurang satu kerusi.

“Ini mengambil kira perkembangan baru daripada semua pihak.

“Selain itu semua nama Exco baru telah berada di Istana Alam Shah bagi membuat persediaan mengangkat sumpah petang nanti. PAS juga telah setuju dan portfolio akan dikemukakan minggu hadapan,” jelasnya.

Semalam, Azmin Ali mengesahkan bahawa 10 senarai nama Exco yang dipersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah diperkenan oleh Baginda.

“Saya telah mempersembahkan nama-nama yang dicadangkan untuk menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kepada baginda Sultan.

“Alhamdulilah Sultan telah pun perkenan senarai nama Exco Selangor yang saya berikan.

“Saya akan umumkan esok.” katanya ketika ditemui pemberita di Istana Mestika petang semalam. ~free malaysia today
Share this article

2 Komen:

  1. kalau tengok tajuk, DASAT, ehhmmm...

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasa la bro...memang spesis ini paling pandai buat berita...kalu anjing gigit orang itu biasa...tapi cuba orang gigit anjing..tentu tentu akan jadi berita panas...macam NUAR juga...menjubur orang tak jadi berita tapi kalu dijuburi orang sudah pasti berita.

      Padam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top