Nuffnang

GAMBAR2 AZMIN MERAIKAN PELANTIKAN MB BERSAMA KELUARGA



PETALING JAYA: Bakal Menteri Besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin Ali berterima kasih kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sebulat suara menyokong pelantikan beliau selepas mendapat perkenan Sultan Selangor untuk memegang jawatan itu.

Beliau berkata, pilihan Sultan Sharafuddin Idris Shah itu mendapat sokongan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan barisan pimpinan parti yang lain.



"Saya berterima kasih kepada presiden parti, (Datuk Seri Dr Wan Azizah) dan semua rakan-rakan pimpinan kerana parti telah sebulat suara menerima saya sebagai calon (pilihan Sultan Selangor)," katanya kepada pemberita di pekarangan ibu pejabat PKR di sini, malam Isnin.

Pelantikan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu berkuatkuasa Selasa itu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ditanya adakah ia bermaksud parti merestui pemilihan beliau itu, Azmin hanya berkata: "Parti telah sebulat suara."


Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa bersyukur atas pelantikan jawatan itu selepas mendapat perkenan baginda.

"Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T pada petang ini sekitar jam 3 petang, saya telah menerima sepucuk surat dari Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor (Datuk Mohamad Munir Bani), yang memaklumkan bahawa Sultan Selangor telah memperkenankan pelantikan saya sebagai Menteri Besar Selangor mulai 23 September ini.

"Dalam surat yang sama, saya diminta untuk menghadiri majlis angkat sumpah esok pada pukul 10 pagi esok (Selasa) di Istana Alam Shah, Klang," katanya.

Menurut Azmin, beliau telah memaklumkan mengenai pelantikan itu dalam perjumpaan dengan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai perkembangan terakhir berhubung perkara itu.

Tambahnya, satu mesyuarat Biro Politik tergempar diadakan pada petang Isnin, disusuli dengan perjumpaan semua Adun daripada PKR, dan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat.


Ditanya apakah sebab-sebab pihak Istana menolak Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar baharu, Azmin berkata, perkara itu tidak dinyatakan kepada beliau.

PKR dan DAP sebelum ini hanya mengemukakan satu nama iaitu Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar untuk diserahkan kepada Sultan Selangor bagi mendapatkan perkenan baginda, manakala, PAS menyerahkan tiga nama calon.


Sebanyak tiga nama disenarai pendek dan telah menghadap Sultan Selangor dan 'ditemuduga' secara berasingan pada minggu lalu.

Selain Azmin, dua lagi calon ialah Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi.

-mstar
Share this article

4 Komen:

  1. LANGKAH KAJANG TAK MENJADI SEBALIKNYA ANWAR YG KENA TERAJANG

    BalasPadam
  2. lakonan semata2. Mmang Anwar nk Azmin jd MB, sbb dah berjanji dlu. Skrip terbaik.

    BalasPadam
  3. gambar bersama ibu kandung takde ke?

    BalasPadam
  4. Tahniah! raya hindu laa azmin dan kroni.. selangor bakal lingkup dibawah mb baharu??

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top