Nuffnang

#Mh370 : Perubahan Kapten "Diisedari" Pengawal Keselamatan?





Juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dilaporkan hilang, Kapten Zaharie Ahmad Shah dilaporkan berubah sikap sebelum melakukan penerbangan ke Beijing pada 8 Mac lalu, lapor akhbar India Today semalam.

Perubahan itu disedari ketika Zaharie memberi salam kepada pengawal keselamatan yang bertugas di luar kawasan perumahan di Laman Seri, Shah Alam sebelum malam penerbangannya.Sebuah stesen televisyen, Headlines Today mendedahkan, biasanya kapten yang berusia 53 tahun itu akan memberi salam mengikut cara Islam kepada beberapa pengawal keselamatan warga Nepal.

Namun, pada malam sebelum melakukan penerbangan pesawat yang hilang itu, beliau memberi tabik hormat gaya tentera kepada pengawal-pengawal keselamatan itu.

“Terdapat perubahan ketara dengan gaya beliau memberi hormat kepada kami. Sikapnya berbeza berbanding biasa,” kata salah seorang pengawal keselamatan yang bertugas di luar kediamannya.

Selain itu beliau dilihat memandu sendiri keretanya jenis BMW 5 Series ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk bertugas pada hari tersebut.

Kebiasaannya, beliau mengambil teksi MAS untuk KLIA sebelum melakukan penerbangan antarabangsa.

Menurut pengawal keselamatan berkenaan, sebuah teksi MAS tiba di kediamannya hampir 20 minit selepas beliau meninggalkan rumahnya untuk ke KLIA.

Malah, pada malam itu beliau keluar dari rumah kira-kira pukul 9 malam dan turut ditemani isterinya.

Bagaimanapun, isterinya tidak pulang ke rumah pada malam itu dan dia hanya kembali ke rumah pada pagi Sabtu lalu seminggu selepas pesawat tersebut hilang.

Kata pengawal itu, isterinya pulang ke rumah pada pukul 10 pagi.

Siasatan pihak berkuasa kini tertumpu kepada kru dan penumpang pesawat itu termasuk Zaharie dan pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top