Nuffnang

#MH370 : Kenapa Data Simulator Kapten Zaharie DIPADAM?




Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan maklumat yang dipadam daripada simulator penerbangan pesawat milik Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang, adalah log data permainannnya.

Menurut Khalid, log data itu telah dipadamkan pada 3 Februari manakala polis mengambil peralatan berkenaan pada 15 Mac.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian mengenai perkembangan terkini pesawat MH370 di Hotel Sama-Sama, Sepang, pada petang Rabu.

Khalid turut mengesahkan laporan media sebelum ini bahawa polis menemui lima landasan dalam simulator yang diambil dari rumah Zaharie, mengandungi tiga perisian penerbangan iaitu Flight Simulator (FSX), FS9 dan FS10.

Katanya, semua ahli keluarga juruterbang dan pembantunya memberikan sokongan penuh bagi membantu siasatan.

“Apa juga yang kami (polis) perlukan, kedua-dua ahli keluarga memberikan kerjasaapenuh dan kami tidak ada masalah dalam mendapatkan apa juga yang kami perlukan,” kata Khalid.

Ditanya wartawan asing mengenai fokus siasatan, Khalid hanya berkata siasatan setakat ini ditumpukan terhadap aspek utama tetapi beliau tidak bercadang mendedahkan secara terperinci mengenai aspek berkenaan.

Difahamkan, selain pakar forensik siber PDRM Bukit Aman juga dibantu oleh pakar dari syarikat pengeluar pesawat Boeing 777-200ER yang hilang itu serta pakar syarikat pengeluar simulator bagi mendapatkan semula semua data yang hilang.

Dalam perkembangan lain, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Dr. Zulkifeli Mohd Zin mengesahkan dengan pihak berkuasa Maldives laporan media tertentu kononnya pesawat MH370 dilihat di ruang udara negara pulau di Lautan Hindi itu adalah tidak benar.

Demikian disahkan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dalam sidang media yang sama.

Hishammuddin juga berkata, beliau boleh mengesahkan pihaknya ada menerima beberapa data radar daripada beberapa buah negara tetapi tidak dapat mendedahkannya kepada umum kerana data itu bukan milik Malaysia.

Menurut beliau, operasi SAR MH370 kini membabitkan kerjasama peringkat diplomatik serta teknikal.

“Walaupun operasi pencarian masih diketuai Malaysia, namun negara-negara sahabat kini semakin mula mengambil alih teraju operasi di kawasan masing-masing.

“Indonesia dan Australia antaranya bersedia menerajui operasi SAR di koridor sebelah Selatan,” kata beliau.

Fokus utama pasukan SAR yang kini sudah membabitkan penyertaan 26 buah negara adalah bagi mengecilkan kawasan pencarian di kedua-dua koridor Utara dan Selatan

Dalam pada itu, beliau berkata, kru an penumpang MH370 tidak boleh dipersalahkan mengenai kehilangan pesawat itu selagi tiada bukti.

Beliau percaya misteri kehilangan pesawat itu akan terjawab sekiranya pihak berkuasa menjumpai kotak hitam MH370…-bnbbc.my
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top