
Kematian Anggota TLDM Akan Disiasat!!! @PDRM

KOTA KINABALU: Pihak polis akan membuka kertas siasatan berhubung kes kematian seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 3 Dis lalu, jika ia mempunyai unsur jenayah.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, pihaknya akan menyiasat mengikut peruntukan Kanun Acara Jenayah setelah menerima laporan dari semua jabatan termasuk laporan bedah siasat dan patologi.
"Kalau ada unsur-unsur jenayah kita akan menjalankan siasatan lain yang ada kaitan. Setakat ini kita siasat kematian mengejut dan jika mati akibat itu, kita akan tutup kes," katanya.
Beliau turut meminta semua pihak termasuk media agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai dijalankan.
Menurut laporan, Laskar Kelas Pertama itu yang berasal dari Tenom dipercayai mati lemas ketika menjalani latihan renang di platform Danau di Stesen Uniform, Pulau Terumbu Ubi di Laut China Selatan.
Dalam kejadian kira-kira 6.20 petang itu, mangsa, Asrup Raidin, 27, dikatakan sedang melaksanakan latihan renang bersama beberapa pegawai TLDM yang lain sebelum mangsa dilihat letih dan lemah lalu dibawa ke jeti untuk diberi bantuan pernafasan.
Sementara itu, Panglima Wilayah Laut Dua Laksamana Muda Datuk Pahlawan Mohammad Rosland Omar berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat dari pihak hospital bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.
- Bernama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



anwar convenes urgent cabinet meeting to tackle us...

tragedi letupan challenger milik nasa

kes culik polis lepas tembakan untuk selamatkan ma...

putrajaya nafikan tuduhan tarif 47 ke atas import ...

tukar lagu negaraku ke bahasa cina kalau buka teli...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....