Nuffnang

TU DIA!!! Khairy Bikin Panas Lagi!!!






Ketika ini pelbagai kontroversi dan isu panas telah menyelubungi Khairy tatkala tampuk pentadbirannya sebagai menteri baru berusia 6 bulan. Ada yang menyenangi tindakan beliau, tidak kurang juga yang mencemuh malah menghentam habis-habisan.


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan menyuarakan kebimbangan golongan belia berhubung isu kenaikan kos sara hidup semasa mesyuarat Kabinet, pada Rabu.

"Saya mengambil maklum apa yang dibangkitkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) yang mewakili semua belia di luar sana berhubung kos sara hidup. Saya akan suarakan kerisauan golongan belia ini pada mesyuarat Jemaah Menteri Rabu ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang II Penggal ke-29 2013-2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Khairy berkata tiga perkara pokok bagi golongan belia di negara ini ialah kos sara hidup, rasuah dan kejadian jenayah.

"Perkara ini perlu dibangkitkan di peringkat Jemaah Menteri supaya tidak ada tekanan dalam kalangan rakyat," katanya.

Beliau mengulas ucapan Presiden MBM, Mohamed Maliki Mohd Rapiee yang membangkitkan kebimbangan dan kerisauan golongan belia berhubung peningkatan kos sara hidup.

Mohamed Maliki turut menyatakan kebimbangan golongan belia berhubung Komuniti Ekonomi Asean (AEC) yang dijangka dilaksanakan pada 2015.

"Golongan belia ingin tahu mengenai kadar fiskal, kadar cukai dan landskap serantau kesan daripada komuniti ekonomi itu," katanya.

Terdahulu, Khairy dalam ucapannya berkata Kementerian Belia dan Sukan sedang dalam proses semakan semula Dasar Pembangunan Belia Negara (1997) bagi menghasilkan Dasar Belia Malaysia (DBM) yang lebih mantap dan komprehensif.

"Semakan semula dasar ini sedang diperkemas dan diperinci dengan mengambil kira penambahbaikan dan penyesuaian dengan peredaran masa kini serta dasar-dasar utama negara.

"Cadangan DBM juga dirangka agar menepati keperluan dan suara hati belia Malaysia," jelasnya.

Mengenai Parlimen Belia Malaysia (PBM), Khairy berkata sehingga kini, seramai 147,514 orang belia sudah mendaftar sebagai pemilih, iaitu 73.48 peratus daripada 200,000 sasaran minimum yang ditetapkan.

"Pemilihan untuk ahli Parlimen Belia dijangka pada Februari 2014 dan persidangan akan diadakan pada April 2014. Saya menyeru kepada semua agar bersama-sama membantu promosi Parlimen Belia yang akan berakhir pada 31 Disember ini," katanya. - Bernama
Share this article

2 Komen:

  1. Brkenaan dgn kos sara hidup dkalangan Belia,kalaulah hidup dengan cara bermewah2 sdah pasti pendapatan sejuta RM 1 hari pun akan bermasalah.Tapi seandainya hidup dengan keperluan sbenar sudah mencukupi.Tapi apa yg sya lihat ,cara n gaya hidup......hem...susah nak cakap...bkan setakat keperluan tapi...kalau hp 2 nak yg canggih ,manggih.Ape ke salahnya yg dpt hantar sms n boleh buat cal cukup le.Spatutnya KJ cari jalan mendidik belia semua agar hidup sbagai seorang yg beriman n bersyukur.Hidup la dgan kesederhanaan.Ni tak ,hidup dengan menurut nafsu saja tanpa kawalan diri.Prlu baiki peribadi jngan terlalu kebendaan sangat.Ni tak...kempen dlm tv pun bila seorang belia nak kpd seorang perempuan.....ade ke mak bapak dia tanya u ada 5 k....tak tanya lu ada baik punya olang ka?Sini dah nampak belia malaysia dididik kearah kebendaan yag melampau.

    BalasPadam
  2. Jgn kata belia..budak sekolah rendah pun dh pndai nak mintak samsung galaxy,bberry dan mcm2 lg. terlampau sgt manjakan belia sampai kbnyakkan belia hilang adab dan hormat pada org tua.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top