Nuffnang

ASTAGHFIRULLAH!!! Tergamaknya Hadi Awang!!! Laporan Polis Oleh Minda Pondok





Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Minda Pondok, hari ini membuat laporan polis terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang boleh memecahbelahkan umat Islam.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Binjai di sini oleh Pengerusi Biro Bertindak Agama Minda Pondok Mohd Syamsul Mohd Yussof, yang diiringi 20 anggota NGO itu pada 10 pagi.

Mohd Syamsul berkata Abdul Hadi membuat kenyataan itu dalam berita bertajuk "Umno Paling Kuat Menentang Islam Berbanding DAP" yang disiarkan akhbar Harakah.

"Ia adalah satu kenyataan fitnah dan berniat jahat kerana orang Umno adalah orang Islam," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan itu.

Presiden PAS itu dilapor mengeluarkan kenyataan berkenaan semasa Muktamar PAS ke-59 pada 29 November lepas.
Share this article

3 Komen:

  1. Dlm hati ada penyakit, bila tak dirawat, tak dibersihkan, bertambahlah penyakitnya.

    BalasPadam
  2. Perawakan seorang ISLAM,siap dengan kelulusan sarjana ISLAM,pakai serban,ada masa pakai jubbah,bila bercakap menggunakan Al Quran dan Hadis sebagai hujah Nampak sangat ISLAMIK HAJI HADI pemimpin PAS ni, hakikatnyadia adalah golongan agama yang HAPRAK busuk hatinya....

    BalasPadam
  3. PAS Islam dan UMNO juga Islam...kedua2 parti tersebut memperjuangkan Islam.Betul betul.

    Tetapi PAS juga merosakkan Islam.Hujah sempit PAS mengkafirkan ahli2 UMNO menyebabkan perpecahan Melayu.Ini adalah hakikat.

    Semuanya bermula dgn Amanat Hadi.

    PAS tak boleh nak nafikan bahawa PAS sendirilah punca kelemahan Melayu dan Islam di Malaysia.PAS takut masuk neraka maka tak berani mengaku bangsa Melayu...assabiyah kata Nik Aziz.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top