Nuffnang

SYIAH : Mat Sabu Akan Saman Menteri!!!


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tindakan tersebut dibuat berhubung kenyataan Zahid sewaktu beliau menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013 petang Sabtu.





“Saya tak dengar sendiri apa dia kata jadi kena bincang dengan peguam dulu,” jelas Mohamad Sabu kepada lidah rasmi parti tersebut, Harakah.

Sewaktu dihubungi, Mat Sabu menafikan tuduhan kononnya beliau merupakan seorang penganut ajaran Syiah sebaliknya menegaskan beliau ialah penganut agama Islam mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

"Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," katanya ringkas ketika dihubungi.

Mohamad membuat penafian itu sebagai menjawab pendedahan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semasa ucapan penggulungan Naib Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dalam ucapannya itu meminta JAKIM mengambil tindakan ke atas pemimpin nombor dua PAS yang didakwa pengikut ajaran Syiah.

Dakwaan pemimpin PAS terlibat dengan ajaran Syiah sebelum ini pernah mendapat perhatian selepas isu itu ditimbulkan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini.

Namun PAS menafikan terdapat pemimpinnya terlibat dengan ajaran Syiah dan mengecam pihak-pihak yang cuba mengaitkan ajaran tersebut dengan parti tersebut.

PAS menegaskan jika terdapat pemimpin PAS mempunyai hubungan baik dengan pemimpin Iran atau gerakan Islam di Asia Barat seperti Hizbullah bukan bermakna mereka pengikut Syiah.

SUMBER
Share this article

2 Komen:

  1. lamanye nak kaji....saman jer lah cepat.

    BalasPadam
  2. Aku mmg tunggu bang mad saman zahid. Tp aku yakin bakal jadi mcm kes pemuda pas dgn mat said. Klu naik mahkamah bakal bukak aib sendiri. Hal hal peribadi akan diungkit. Kefahaman beliau ttg syiah dan sunnah juga bakal dibongkar. Kejahilan bakal terserlah.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top