MELAKA 17 Mac — Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan sentiasa memberikan perhatian kepada golongan belia terutama berhubung penglibatan mereka dalam agenda transformasi negara bagi mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
Timbalan Perdana Menteri berkata, penglibatan belia itu dilakukan melalui penekanan kepada aspek pendidikan yang menjadi agenda penting kerajaan terhadap golongan belia.
"Kita sediakan segala kemudahan, tenaga pengajar, kemudahan pendidikan, kurikulum, buku, pakaian dan sebagainya, ini adalah tujuannya tidak lain (dan tidak bukan) adalah untuk menentukan tidak ada golongan muda di Malaysia ini yang terabai ataupun terkeluar daripada arus pembangunan negara ini,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan dan dialog belia di sini, hari ini.
Beliau berkata, golongan belia harus menguasai ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang sains dan teknologi sekaligus meningkatkan pembangunan modal insan negara.
Katanya, Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 3.3 juta pekerja mahir dalam tempoh 10 tahun akan datang bagi memenuhi sektor pembangunan negara.— BERNAMA
Trump buat kenyataan pertama selepas serangan AS ke atas Iran, tegaskan
operasi besar-besaran sedang diteruskan
-
WASHINGTON, – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, buat pertama kali
tampil memberikan kenyataan rasmi di White House selepas serangan
ketenteraan AS...




0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....