Sumbangan belia Malaysia dalam pembangunan negara amat besar dari segi pembentukan masyarakat yang mendukung Perlembagaan Negara. Tidak dapat dinafikan bahawa belia Malaysia antara yang terbaik berbanding dari negara-negara lain di dunia ini.
Kagum dengan peranan yang dimainkan oleh belia Malaysia, Encik Marco Roncaradi , Pegawai Kanan Bahagian Sosial, Youth Focal Point UNESCAP, Bangkok telah mengunjungi Majlis Belia Malaysia (MBM) untuk bertemu dengan Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM dan Sdr. Mohd Zaidi Aziz, Setiausaha Agung MBM bagi memperolehi maklumat mengenai bagaimana MBM menggerakkan seluruh belia di Malaysia seiring dengan pembangunan negara tanpa mengenepikan nilai-nilai keagamaan dan kemanusiaan.
Pertemuan ini yang berlangsung lebih dari sejam turut membincangkan perkembangan belia di negara-negara lain dan turut dihadiri oleh Sdr. Salleh Majid, Pegawai Antarabangsa dari Pusat Belia Antarabangsa.
MBM sebagai penaung utama badan-badan NGO belia telah memainkan peranan penting dalam menggerakkan hampir 8000 persatuan belia yang berdaftar. Telah menjangkaui 50 tahun penubuhannya, kini MBM menjadi salah satu organisasi induk belia yang paling aktif dalam menangani isu-isu pembangunan belia di peringkat global.
Jasa UMNO untuk petani: Berani bina projek gergasi di tengah sarang komunis
-
Walaupun gerila Parti Komunis Malaya (PKM) sedang mengganas dan ancaman
keselamatan ada di mana-mana, kerajaan Perikatan yang diketuai UMNO tetap
berteka...



0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....