Nuffnang

VIDEO : Rakaman CCTV Penculikan Kanak-Kanak BRITAIN - SEBARKAN!!!





Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang merekod detik-detik kanak-kanak warga Britain berusia 20 bulan, Freddie Joseph diculik di rumahnya di Jalan Terasek 7, Bangsar, 8 November lalu mula didedahkan pada umum dalam usaha polis mengesan dalang utama penculikan, hari ini. 





Melalui rakaman yang diperoleh dari CCTV rumah seorang jiran mangsa, jelas memaparkan rentetan penuh kejadian penculikan itu bagaimanapun polis menemui jalan buntu untuk mengenal pasti identiti lelaki yang dilihat melarikan Freddie dalam tempoh tidak sampai dua minit seperti yang dirakam CCTV berkenaan.



read more...

APA DAH JADI?? Remaja 13 Tahun Ditahan Dalam Operasi Cegah Pelacuran!!




Gambar Hiasan

SANDAKAN - Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun adalah antara empat yang ditahan dalam operasi membanteras kegiatan pelacuran di kawasan Bandar Sandakan di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superitendan Fadzil Mohd Ali berkata, tiga wanita yang ditahan dalam operasi pada pukul 10.45 pagi itu berusia antara 23 hingga 39 tahun.

Beliau berkata, serbuan dilakukan di sebuah premis di tingkat tiga sebuah bangunan di Jalan Dua dan hasil pemeriksaan menemui buku kecil mengandungi catatan bayaran pelanggan dan peralatan disyaki digunakan untuk aktiviti pelacuran.

Dua yang ditahan masing-masing memiliki pasport antarabangsa Filipina dan kad pelarian IMM 13, seorang lagi memiliki kad pengenalan pemastautin tetap Malaysia dan remaja perempuan itu memiliki sijil lahir negara ini, katanya. - Bernama
read more...

BERKAS!! Polis Sabah Tahan Suspek Bunuh Pasangan Suami Isteri!!





KOTA KINABALU - Polis Sabah percaya kes pembunuhan pasangan suami isteri di sebuah kilang memproses ikan di Penampang 8 November lalu selesai apabila berjaya memberkas suspek kes bunuh itu di Sipitang Ahad lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, lelaki warga asing berumur 21 tahun dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri itu diberkas di perumahan setinggan dalam kawasan pembinaan Sabah Ammonia Urea Project (SAMUR) di Kg Long Kenangan, Sipitang, kira-kira 2.40 petang.

Katanya, hasil penangkapan itu membawa kepada penemuan beberapa barang kes termasuk dua unit telefon bimbit dipercayai milik mangsa bunuh.

"Motif pembunuhan adalah rompakan. Suspek terdesak memerlukan wang untuk majlis perkahwinannya. Suspek juga mengaku mengambil wang tunai sebanyak RM800 dan dua telefon bimbit milik kedua-dua mangsa dari dalam bilik kedua-dua mangsa ditemui mati,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil kepada peserta Kembara Bermotosikal “Crime Awareness Day” 2013 di sini hari ini.

Hamza berkata suspek ditahan reman sehingga 24 November untuk siasatan. - Bernama
read more...

GAMBAR : Wajah Terbaru Pembunuh Pegawai AMBANK




Petaling Jaya: Suspek utama kes menembak mati pegawai AmBank Norazita Abu Talib muncul di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, di sini, semalam, dengan wajah selamba selain penampilan tidak bermaya.

Dia yang memakai baju lokap berwarna jingga dibawa ke mahkamah untuk disambung reman sebelum Majistret Surya Wati Shawal mengeluarkan perintah sambung reman selama tujuh hari sehingga 23 November ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 



LAODE Ardina ketika dibawa ke mahkamah.

Ketika wajahnya mahu dirakam jurugambar media, suspek hanya melontar pandangan kosong dan sedikit pun tidak memberi reaksi menolak gambarnya dirakam seperti kelaziman dilakukan suspek kes jenayah lain. 

Lelaki menggunakan MyKad palsu dengan nama Ardi Hamza itu ditahan di jeti Tanjung Belungkor, Kota Tinggi, Johor dipercayai untuk meloloskan diri ke Batam pada 10 November lalu, selepas 19 hari bersembunyi di rumah dan bangunan kosong sekitar negeri itu.

Polis juga mengesahkan identiti sebenar suspek itu sebagai Laode Ardina Laode Rasila, 35, berasal dari Sulawesi, Indonesia.
read more...

TAK TAHAN DAH!!! PAS P. Pinang Beri Kata Akhir Pada KERAjaan DAP P. Pinang!!




PETALING JAYA: PAS Pulau Pinang akan mengkaji kembali kedudukannya dalam Pakatan Rakyat Pulau Pinang jika tidak lagi diperlukan dalam kerajaan negeri, demi memelihara prinsip dan maruah perjuangan.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Fauzi Yusof, PAS Pulau Pinang akan menarik diri serta meletak jawatan dalam beberapa tawaran jawatan, portfolio dan posisi jawatan tertentu dalam kerajaan negeri jika tuntutan dan ketetapan ini tidak diambil serius oleh pihak kerajaan negeri dan Majlis Pakatan Rakyat.

Katanya, PAS mahu kerajaan negeri memberi kuasa penuh tanpa sebarang campur tangan yang tidak wajar kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) sekarang (Datuk Mohd Salleh Man) untuk mengemukakan makluman keputusan cadangan lantikan Ahli-ahli Majlis MAINPP serta mana-mana portfolio atau Lembaga Pengarah dalam mana-mana agensi atau anak syarikat dibawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Katanya, PAS mendakwa terdapat campur tangan yang tidak sewajarnya dari pihak Exco Kerajaan Negeri untuk menetapkan Ahli-ahli Majlis MAINPP serta Pengerusi dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah anak-anak syarikat MAINPP untuk sesi akan datang.

“Jika benar, ianya adalah satu tindakan yang bertentangan etika dansemangat Pakatan Rakyat. Tindakan campur tangan ini sangat dikesali,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada media

Menurut Mohd Fauzi, mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri P Pinang pada 14 November 2013 lalu yang dipengerusikan sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohd Salleh Man telah mendesak menambah bilangan Ahli Majlis MPPP & MPSP untuk kuota PAS Pulau Pinang dari dua orang setiap PBT kepada 4e mpat orang setiap PBT.

“Perlantikan Ahli Majlis MPPP & MPSP untuk kuota PAS ini hendaklah dilantik dengan cadangan dan persetujuan PAS Pulau Pinang,”katanya lagi.


Beliau menambah PAS Pulau Pinang hendak diberi kuasa penuh untuk memilih dan melantik JKKK di kawasan DUN/Parlimen yang ditandingi PAS (6 DUN, 2 Parlimen).


“Kami difahamkan bahawa terdapat lantikan JKKK di kawasan yang ditandingi PAS dibuat secara terus kepada individu terlibat tanpa persetujuan dan perbincangan melibatkan pihak PAS Kawasan. Tindakan ini juga melanggar etika Pakatan Rakyat,” katanya sambil menyesali dengan apa yang berlaku.

Campur tangan yang tidak wajar

Katanya lagi, PAS juga mahu kerajaan negeri memperuntukkan kuota mewakili PAS bagi lantikan Ahli Lembaga Pengarah dalam anak-anak syarikat milik/berkaitan Kerajaan Negeri (GLC).

“Sehingga kini, tiada mana-mana lantikan yang dibuat mewakili PAS dengan persetujuan PAS Pulau Pinang. Tindakan ini juga tidak menggambarkan semangat kerjasama Pakatan Rakyat,” tegasnya lagi.

Moha Fauzi berkata PAS Pulau Pinang bimbang dengan campur tangan yang tidak wajar oleh pihak kerajaan negeri terhadap MAINPP akan menyebabkan berlakunya ‘Pertindihan Kuasa’ yang akan mengganggu kelancaran pentadbiran dan organisasi MAINPP yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong.

“Walaupun PAS Pulau Pinang hanya memiliki satu kerusi DUN, ia tidak bermakna suara, sumbangan, khidmat dan profesionalisma PAS di Pulau Pinang dipinggirkan,” katanya lagi.

Oleh itu katanya PAS Pulau Pinang hendaklah dilibatkan dalam apa-apa perbincangan dasar dan polisi yang hendak dirancang oleh kerajaan negeri sebelum ia dilaksanakan.

“Perbincangan tersebut hendaklah melibatkan organisasi, bukan secara individu. Hal ini amat perlu kerana ahli-ahli PAS, penyokong dan pendokong PAS tidak mengizinkan PAS dilihat seperti boneka rakan Pakatan Rakyat terutamanya di P Pinang,” katanya.

Beliau berharap sebarang perlantikan politik terhadap mana-mana jawatan, portfolio, posisi dalam kerajaan negeri yang melibatkan kuota PAS mahupun pimpinan atau mana-mana ahli PAS, mestilah dengan perbincangan dan persetujuan PAS Pulau Pinang.

“ Jika tidak, PAS Pulau Pinang tidak mengiktiraf penglibatan individu tersebut sebagai mewakili parti dan akan mengambil tindakan keatas individu berkenaan, serta menganggap tindakan ini sebagai mengenepikan PAS Pulau Pinang,” ujarnya.

KAH..KAH..KAH...

Bukan Pembangkang (BN) yang tak tahan, tapi PAS yang dalam pakatan sendiri yang tak tahan....

Selepas 5 tahun, akhirnya terkeluar juga "RAHSIA" KERAjaan Paling Telus dan Berintergriti Amalan DAP...

KAH...KAH...KAH...

Campurtangan Dalam Perihal agama pula tu, ooh lupa....Tok Guru Tokong Lim Guan Eng MAHA tahu dan MAHA serba boleh. PUIHHHH!!!!!!!

Tak sabar nak tahu RESPON TOK GURU TOKONG PULA....

Kepada Kepimpinan PAS P. Pinang, tahniah la....

Akhirnya korang sedar juga walaupun lewat selepas 5 tahun. Janji SEDAR daripada langsung tak sedar.

HIDUP MELAYU, DEMI ISLAM

ALLAHU AKHBAR
read more...

PENJARA!! Ibrahim Ali Dan Penulis Blog Kena Hukuman SERTA-MERTA!!!






KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan penulis blog Zainuddin Salleh bersalah atas kesalahan menghina mahkamah.

Kesalahan itu merujuk kepada penerbitan satu tulisan Zainuddin di laman web PERKASA pada 7 Januari lalu yang dianggap mencalar imej Hakim Mahkamah Tinggi Datuk VT Singham.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sehari ke atas Ibrahim, berkuatkuasa hari ini dan juga denda RM20,000.

Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara empat minggu ke atas Zainuddin, berkuatkuasa hari ini.
read more...

SAMUN : Lagi Kedai Serbaneka Dirompak!!





Rakaman CCTV menunjukkan suspek yang berjaket hitam sedang mengacukan pedang samurai ke perut mangsa manakala seorang lagi memasukkan cerut dan rokok ke dalam beg ketika berada dalam kaunter juruwang dalam kejadian di Kemaman.


CHUKAI – Dua hari selepas kedai serbaneka 24 jam di Geliga dirompak, kedai serbaneka 24 jam di Jalan Sulaimani pula disamun apabila dua pekerja kedai itu diacu dengan sebilah pedang samurai sepanjang 45 sentimeter di perut oleh dua lelaki bertopi keledar putih bercermin gelap, Sabtu lalu.

Rompakan pada jam 6.15 pagi itu berlaku dalam tempoh hanya 51 saat dengan kedua-dua suspek yang berusia lingkungan 20 hingga 24 tahun berjaya melarikan wang tunai sebanyak RM181.70 dan sejumlah cerut serta rokok yang keseluruhannya bernilai kira-kira RM400.

Mangsa yang ketika itu berada di kaunter juruwang, Fatin Shahiza Sabri, 22, berkata, akibat terlalu trauma dengan kejadian itu, dia bermimpi mengenai kejadian samun itu beberapa kali ketika tidur.

“Tidur saya terganggu dan banyak kali bermimpi diacu pedang samurai sepanjang 60 sentimeter seperti yang diacu suspek ke perut saya. Saya benar-benar takut.

“Ketika kejadian itu terjadi, saya dan seorang lagi rakan, Nor Hawa Mohd Talib, 21, sedang mengira stok dan secara tiba-tiba masuk seorang lelaki bertopi keledar menuju ke arah rak makanan dan beberapa saat kemudian masuk lagi seorang lelaki juga bertopi keledar serta menggalas beg yang meluru ke depan saya sambil menghunus pedang samurai,” katanya ketika ditemui semalam.

Katanya, lelaki di hadapannya itu kemudian mengarahkan dia mengeluarkan duit dan memasukkan ke dalam beg galas yang dibawa sementara seorang lagi lelaki yang lebih awal masuk pantas menuju ke dalam kaunter lalu mengambil sejumlah cerut dan rokok pelbagai jenama.

“Sebaik dia arahkan saya memasukkan duit, saya hanya membuka mesin juruwang dan menyuruhnya mengambil sendiri kerana terlampau ketakutan. Dia juga arahkan saya keluarkan barangan kemas dan telefon bimbit tapi saya suruh dia ambil sendiri,” katanya.

Bagaimanapun, apabila terdapat pelanggan lain mahu masuk ke dalam premis itu kedua-dua suspek segera keluar dan melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal Honda Wave menuju ke arah Jalan Jakar.

Katanya, suspek yang menghunus pedang samurai yang bertubuh kurus, berkulit gelap dan setinggi kira-kira 5 kaki 3 inci memakai jaket hitam dengan di bahu kanan terdapat angka sementara rakannya yang berketinggian kira-kira 5 kaki dan berkulit cerah pula memakai berseluar pendek dan memakai baju t.

“Suspek yang berkulit putih berbadan tegap dengan rambut mempunyai ekor di bahagian belakang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, kedua-dua mangsa gagal mengecam muka kerana suspek memakai topi keledar justeru rakaman kamera litar tertutup (CCTV) akan diteliti bagi membantu siasatan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 382 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata dan polis kini giat memburu kedua-dua suspek.

Orang awam yang mempunyai maklumat diharap dapat tampil membantu siasatan,” katanya.

- Sinar Harian
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top