Nuffnang

JALAN MUDAH? DBKL Pertahan Tutup Bazar Di Masjid India Dan Jalan TAR!!!


Isu pengurusan sampah, ke­­sesakan lalu lintas dan penjualan semula tapak bazar pada harga tidak munasabah menjadi faktor bazar musim perayaan di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) dan Jalan Masjid India di sini ditutup.

Walaupun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur semalam tetap dengan keputusan menutup operasi bazar berkenaan berkuat kuasa tahun depan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, pihaknya memutuskan secara muktamad bahawa bazar itu ditutup ekoran pelbagai masalah yang timbul termasuk aduan pergaduhan dan salah laku penjualan tapak.

“Tindakan itu dilakukan untuk mengelak isu-isu berulang seperti itu berlaku sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati pelbagai pihak termasuk golongan pemilik premis perniagaan di sekitar tapak bazar.

“Kami juga menerima laporan yang mengatakan kawasan di Jalan TAR dan Jalan Masjid India ‘dikuasai sepenuhnya’ oleh golongan penjaja yang sebahagiannya adalah penjaja haram,’’ katanya kepada pemberita dalam Majlis Mesra Aidilfitri di Institut Latihan DBKL, Bandar Tun Razak di sini semalam.

Jelas Mhd. Amin Nordin, penutupan bazar musim perayaan itu hanya melibatkan kumpulan penjaja musim Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali tetapi tidak melibatkan pasar malam pada setiap hujung minggu di kawasan yang sama.

Mengulas mengenai bantahan keputusan itu, beliau berkata, persatuan penjaja dan orang ramai tidak berhak mempersoalkan keputusan DBKL kerana penganjuran bazar berkenaan hanya bersifat sementara walaupun dibuka sejak tahun 2003.

Menurut Mhd. Amin Nordin, masalah yang berlarutan sejak sekian lama itu perlu diselesaikan kerana menimbulkan kesusahan kepada banyak pihak.

“Perkara ini akhirnya menyusahkan banyak pihak dan DBKL tidak mahu ia terus berlaku. Demi kebaikan semua pihak baiklah ia ditutup.

“Keputusan kami ini mendapat sokongan pemilik-pemilik premis perniagaan yang membantah penganjuran bazar perayaan di situ,” tambahnya.

Selain itu katanya, masalah juga melibatkan pengurusan persatuan penjaja dan proses mencabut undi (undi tapak) yang dilakukan secara tidak teratur dan tidak adil. – UTUSAN
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top