Nuffnang

TERJAWAB : Peti Besi Lama Najib Akhirnya Berjaya Dibuka!!!


Peti besi di kediaman peribadi Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, yang berjaya dibuka tersimpan mata wang asing lama yang kecil jumlahnya.

Jurucakap bekas perdana menteri, dalam kenyataan lewat malam tadi, berkata ia turut mengandungi beberapa dokumen termasuk sijil perkahwinan Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor.


“Ia merupakan sebuah peti besi yang berusia lebih 20 tahun dan dibuka secara paksa kerana kuncinya telah hilang,” katanya.

Menurutnya, peti besi itu terpaksa dibuka menggunakan kepakaran tukang kunci.

Jurucakap itu seterusnya berkata peti besi di kediaman rasmi Seri Perdana di Putrajaya merupakan sebahagian daripada rumah berkenaan.

“Tidak sepatutnya timbul masalah membukanya,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, polis dilaporkan menghadapi kesukaran membuka peti besi di kediaman peribadi Najib di Taman Duta itu selepas dikatakan kunci tersebut sudah lama hilang.

Penggeledahan di kediaman peribadi bekas perdana menteri itu, serta lima lagi lokasi lain, adalah sebahagian daripada siasatan kes penyelewengan dana, syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB). - Bernama

Siasatan 1MDB atau Pembunuhan Karektor?

Seorang pemerhati politik, Ab Jalil Backer ada membuat posting yang memberi pandangan beliau berkaitan apa yang berlaku ketika ini :


1. Menggeledah rumah Najib dan keluarga kemudian mengangkut keluar harta-harta peribadi di hadapan media bukanlah satu bentuk siasatan, tetapi "witch-hunt" bagi mewujudkan kebencian rakyat biasa kepada pentadbiran lalu.

2. Kita faham jika barangan yang diambil membabitkan pembelian oleh 1MDB. Namun sehingga hari ini kita semua tahu tuduhan dan dakwaan kononnya berlaku penyelewengan wang 1MDB berlaku di luar negara.

3. Jadi atas sebab apa semua barang-barang seperti beg tangan dan jam diambil oleh Polis? Apakah barang-barang yang diambil tersebut sama dibeli menggunakan akaun 1MDB?

4. Apa yang nampak sekarang ialah kempen persepsi hendak memburukkan Najib Razak semata-mata dan mengalihkan isu sebenar mengenai pentadbiran negara hari ini yang penuh kekusutan dan "cempeqa".

5. Bekas Peguam Negara Ghani Patail menyatakan beliau telah mempunyai bukti untuk mendakwa Najib sebelum dipindahkan. Ghani adalah orang yang mengusung tilam ke mahkamah dalam kes Anwar Ibrahim dan menyebabkan kita hilang Pulau Batu Putih.

6. Jika sudah ada kertas pendakwaan ketika itu mengapa perlu ada apa-apa siasatan dan "agenda setting" lagi? Dakwa sahajalah. Apakah pada masa itu Ghani mereka-reka kertas pertuduhan kerana berkonspirasi dengan Tun Mahathir?

7. Beliau akan membuat apa sahaja untuk menjayakan matlamat dan cita-citanya. Ini termasuklah melantik orang yang ada kes rasuah di Mahkamah sebagai Menteri Kewangan.

8. Seluruh episod ini hanya membuktikan satu perkara, Tun Mahathir tidak pernah berubah.

- Ab Jalil Backer


* Usah terlalu mudah termakan fitnah apatah lagi menyebarkan sesuatu yang tidak pasti. Biarlah pihak polis dan yang bertanggungjawab menyelesaikannya.
Share this article

3 Komen:

  1. Yang pergi fokus kat peti besi yang xde isi nak buat pe...kenapa x ulas pasal 284 kotak, 70 beg tangan berisi barang kemas dengan duit yang berkoyan2 tanpa diketahui jumlah tu?mangkuk tul..kalo dah nama penyokong penjenayah, memang akan disokong pelaku jenayah tu sampai bila2

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top