Nuffnang

LINTANG PUKANG : Azmin Angkat Kaki Dari Gombak, Wan Azizah Selamatkan Diri Di Pandan


Putusnya kerjasama politik PKR dan PAS memberi kesan besar kepada pemimpin-pemimpin utama parti Keadilan itu, di mana mereka cuba mencari kawasan ‘selamat’ untuk mengelakkan pergantungan daripada akar umbi Parti Islam itu.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan bakal meninggalkan Parlimen Permatang Pauh dan bakal bertanding di kerusi campuran iaitu Parlimen Pandan, Selangor.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali juga turut dilaporkan bakal beralih dari Parlimen Gombak ke Ampang yang disandang Zuraida Kamaruddin.

Zuraida sudah menyuarakan minat untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya yang disandang oleh ADUN PAS, Khasim Abdul Aziz.

Bekas pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah pula sedang dipertimbangkan untuk kerusi Parlimen Petaling Jaya, dahulu dikenali sebagai Petaling Jaya Selatan.

Penyandang Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan adalah Hee Loy Sian dari PKR.

Dalam sebaran di salah satu kumpulan WhatsApp, Hee Loy Sian bakal bertanding di DUN Kajang.

Dalam sebaran itu, Azmin melalui kumpulannya yang dikenali sebagai Kartel telah mendominasi calon-calon PKR di DUN Selangor.

Antaranya, DUN Permatang (Rozama Zainal Abidin), Gombak Setia (Hilman Idham), Sungai Tua/Batu Caves (Amiruddin Saari), Sementa (Daroyah Alwi), Kota Anngerik (Yaakob Sapari).

Dr Xavier Jayakumar dilaporkan melepaskan DUN Sungai Kandis (Seri Andalas) untuk memberi laluan kepada anaknya, Sangheta Jayakumar.

Begitu juga Setiausaha Politik Azmin, Mat Suhaimi Shafie berpindah dari DUN Kota Kemuning (Sri Muda) ke DUN Sentosa (Kota Alam Shah).

Selain Azmin kekal bertanding di DUN Bukit Antarabangsa, PKR juga turut bertanding di tiga DUN yang sebelum ini dimenangi PAS, iaitu Lembah Jaya (Zuraida Kamaruddin), Seri Serdang (Saifullah Zulkifli) dan Paya Jaras (Khairuddin Othman).

Laporan itu menyebut, penyandang DUN Ijok, Dr. Idris Ahmad diganti dengan muka baharu, Sivamalar Genapathy dan penyandang DUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad diganti dengan Prof Shaharuddin Badaruddin.

Penyandang DUN Taman Medan, Haniza Mohamed Talha diganti dengan Nurainie Haziqah.

Seorang penyokong utama Azmin, Azmizam Zamanhuri bakal dicalonkan di DUN Pelabuhan Klang yang disandang oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Selain mengekalkan Rodziah Ismail di DUN Batu Tiga, Gan Pei Nei (Rawang) dan Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Azmin dilaporkan telah menyusun orang-orangnya di DUN Dengkil (Borhan Aman Shah), Semenyih (Hamidi Hasan), Kuang (Muhaimin Harith), Bukit Melawati (Juwairiyah Zulkifli) dan Kota Damansara (Radzlan Jalaluddin)

Sumber : Blog MyMassa
Share this article

1 Komen:

  1. betul ke lari lintang pukang? fake news ni.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top