
HINA SULTAN : Penjara Buat Pegawai Kanan Guan Eng!!!

Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Wan Ji Wan Hussin dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana menerbitkan perkataan menghina Sultan Selangor di media sosial pada 2012.
Hakim Mohd Sabri Ismail bagaimanapun membenarkan permohonan peguam untuk penggantungan hukuman dan membebaskan Wan Ji, 35, dengan jaminan RM5,000 sementara menunggu proses rayuan.
Penceramah bebas itu didakwa pada 10 September 2014 selepas memuat naik perkataan yang menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah, termasuk membabitkan isu agama dalam Facebook dengan nama wanji.attaaduddi.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, pada 10 pagi, 5 November 2012.
Tuduhan ke atasnya mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 iaitu denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.
Untuk kesalahan kedua dan seterusnya, dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Naliatul Huzaimi Ab Rasip ketika berhujah, berkata tertuduh didakwa menerbitkan enam penerbitan di FB, yang menghina Sultan Selangor.
“Dalam kes ini, tertuduh membuat penerbitan dalam FB yang boleh dicapai di serata dunia,” katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



finding the right divorce attorney near you

buasir otak tv buasir otak the muzik raya dulu ray...

the crucial role of an immigration lawyer in achie...

budak 12 tahun hancur tangan kiri akibat letupan m...

last day bekerja di bulan ramadhan

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....